Pages

Friday, September 2, 2011

ukhwah manis

bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah, Allah masih melapangkan sedikit waktu utk ana mencoret sedikit kata-kata hati ini.

melalui liku2 hidup selama msh bernyawa ini, banyak yang Allah ajarkan pada ana tentang erti bersahabat.

berkasih sayang dengan sahabat tercinta.
memberi serta menerimanya dengan hati terbuka.
meredhai segala kekurangan dan mensyukuri atas kelebihannya.
yang paling penting..menuntun dia ke jln yg benar serta direhai Ilahi..

bukannya mengambil kesempatan atas dirinya...

alhamdulillah, Allah menemukan ana dengan seseorang tatkala diri ini makin menjauh denganNya..
seseorang yang bisa mendekatkan ana denganNya!!!

AllahuAkbar!!

lantas segala yang berlaku adalah suatu pengajaran yang tak terhingga nilainya buat diri ana sendiri..
segalanya yang berlaku bagaikan mutiara putih bersih yang mengalir dalam diri yang hina ini..

banyak yang ana pelajari darinya..serta dari yang lain2..

jika difikirkan semula, semuanya sudah dirancang dengan sempurna oleh Allah s.w.t..
dari mula perkenalan sehingga perpisahan..

berdasarkan apa yang ana rasakan, perpisahan memang lebih membuatkan ukhwah yang dibina berlandaskan Allah menjadi lebih manis.

lebih manis dari segala buah yang manis-manis..


kerana dia telah menyinari hidup ini..telah membawa diri ini ke arah bahagia..bahagia kerana Allah..


dengan penuh rasa kasih dan sayang ana padanya...ana tujukan sebuah nasyid ini khas buatnya..hanya khas buatnya....

akak, ini utk akak ya!!

di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah baru
dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
firTerangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

untuk selamanya...


p/s: first time dgr lagu ni, hati ini terus teringat pd akak..
          thnx for everything..for anything..


terima kasih Allah..kerana mempertemukan aku dengannya..
terima kasih Allah..kerana darinya ada kasih dari Engkau utkku..
terima kasih Allah..kerana Engkau memberi aku sesuatu yg tak berganti buatku..
terima kasih Allah..kerana aku tidak mampu untuk mendustakan nikmatMu..
terima kasih Allah..kerana cintaMu tak berbelah bagi..
terima kasih Allah..
terima kasih Allah..
terima kasih Allah..

"Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?"
-Ar-Rahman; 13- 

Sungguh..tak mampu untu aku mendustakan nikmatMu..
tak mampu..


sekian
>_<
mahabbah 'Aliyah

eid fitri 1432 Hijr

bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita dapat mengecap nikmat Aidilfitri..
semua orang yang menganuti agama Islam akan dapat menikmati Aidilfitri tetapi mungkin sebahagian yang kurang peluang untuk meraikannya.

kemungkinan ada yang tidak mampu untuk mencari sesuatu yang baru untuk diraikan, menugkin ada keluarga yang baru menghantar ahli keluarganya pulang ke Rahmatullah dll.
apa-apa pun Aidilfitri tetap datang.

tidak kurang juga yang dapat menyambutnya dengan meriah, ada yang membuat persiapan yang serba sederhana untuk seisi keluarga dan tidak kurang juga yang menyambutnya secara berlebih-lebihan sehingga penyebab kepada pembaziran.

sebelum menyambutnya, seeloknya kita sebagai Muslim yg Mukmin (insyaAllah) muhasabah lah sedikit diri yang hina ini...

~layakkah kita ini menyambut Aidilfitri yg serba mulia ini?
~cukupkah amalan Ramadhan untuk kita meraikan kemenangan Aidilfitri?
~tercapaikah target Ramadhan kita utk...
     - tidak mengumpat?
     - khatam Al-Quran (sekurang2nya sekali)?
     - memelihara pandangan dari memandang yg bukan mahram?
     - mengeratkan silaturahim?
     - berzikir luar biasa?
     - solat tarawikh penuh pd setiap malam?
     - qiamullail?
     - memperbanyakkan amalan sunat lain seperti solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dll?

ada pelbagai cara untuk kita memperbanyakkan amal cuma kehendak dlm diri yang menentukannya..

tidak semestinya dalam bulan Ramadhan saja kita kena beribadah..cuma dlm Ramadhan tu ganjarannya lebih dengan peluangnya besar sebab Allah memberi pahala berganda jika beramal ibadah dalam bulan Ramadhan dan syaitan pula dirantai..

so, kita akan lebih mudah untuk beramal.

jadi, setelah berada dlm suasana Aidilfitri ini, marilah kita bersama2 meningkatkan amalan dan berusaha untuk bermujahadah dlm melawan nafsu dan syaitan.

insyaAllah.. Allah akan bantu hambaNya yang membantu agamaNya..kita akan di permudahkan dan ingat!! kita juga akan diuji kemantapan iman setelah darjat kita ditinggikan di sisi Allah...

puasa enam yuk!

minnal aidil wal faiezin..
Salam Aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..

p/s: walaupun saya tak mampu bertemu semua sahabat, tak mampu untuk call satu per satu, tak mampu nak
      sms pd semua, tak mampu nak post kat wall facebook kalian..tp ketahuilah kemaafan kalian pd bulan yg
      mulia ini amat kuharapkan. jika ada terguris hati serta terkasar bahasa.

walaupun tak tahu sempat atau tidak bertemu Ramadhan beserta Syawal pd tahun depan..tetapi tak salah jika berdoa untuk ada rezeki bertemu Ramadhan beserta Syawal semula..~

sekian.
mahabbah 'Aliyah
>_<