Maafkan sy.
Atas apa yg telah berlaku..
Atas apa yg terjadi..
Atas apa yg telah mengharukan jiwamu..
Maafkan sy.
Nukilan ini coretan hatiku yg berbisa kerana melukaimu.
Maafkan jika ia menggangu.
Nukilan ini tidak mengharapkan simpati darimu..melainkan..
Maafkan sy.
Seperti katamu, sahabat2 adalah pendokong dalam membawa kehidupan sebagai pejuang.
Adalah sama dalam keadaanku..
Mereka, adalah sahabat2 seperjuanganku.
Yang mengingatkanku tatkala lupa..yang menangis ketawa bersama..
Mereka istemewa dalam hidupku.
Tapi, kau. Adalah yg teristemewa dalam hatiku..
Tiada tertangingnya pemberian Allah buatku.
Maaf..
Kata2 ini bukan reka-rekaan aku utk menyedapkan hatimu.
Tapi, inilah kenyataan yang aku rasakan padamu.
Maafkan sy.
Benar, aku turut merasa kedatangan mereka2 adalah sebagai ujian buat kita.
Untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan kepercayaan.
Aku menyerahkan serta menghadirkan diri pada Dia tatkala aku merasa sudah kehilanganmu total.
Redha..
Kemudian Dia memberimu kembali padaku.
Aku terpaku..walau aku merasa terluka.
Aku membuka ruang hatiku sedikit demi sedikit utkmu..sehingga tiada lagi ruang bagi yg lain..
Melainkan Allah dan kedua ibu bapaku jua.
Kau selalu kata padaku, "Allah Maha Adil.."
Dengan itu juga aku cekal bersamamu.
Maafkan sy.
Diri ini selalu kejam padamu.
Bagaikan tak pernah menghargai kasih sayang sucimu.
Pernah ku rasa kau ada yg lebih berhak utk disayangi.
Tapi, aku tepis!
Sehingga hatiku tak mampu meragui kasih sayangmu.
Walau berjuta ujian..
Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya..
Aku tak mampu meragui kasih sayangmu..
Maafkan sy.
Ya Allah,
Demi kekuasaanMu,
Aku menyerahkan dia, hati serta jiwa sucinya padaMu,
utk Kau pulihkan..sembuhkan.
Kerana aku tak mampu mengubatinya, menyembuhnya,
melainkan Kau jua.
Jika dia masih meraguiku,
Aku serahkan semuanya padaMu.
Kerana Engkau lebih mengetahui apa jua yg ada dlm hatiku.
Aku menyayangi, mencintai serta mengasihinya..
Jika dia masih meraguiku,
Aku serahkan jiwanya padaMu,
Utk Kau sentiasa bersamanya.
Tapi Ya Allah,
Satu shj, aku tak sanggup kehilangannya.
Hukumlah aku dgn tarbiyah dariMu atas kesalahanku pada jiwa suci ini.
Kurniakan kesabaran, ketabahan serta kecekalan hati utk dia mengharungi ujian2 dunia ini.
Agar dikurnia tempat yg hebat disisimu di Akhirat kelak.
Semuanya berbalik padamu..
Engkau mengetahui hatiku.
mungkin kita sering mendengar, kita sering akan diuji dengan sesuatu yg kita sayangi..
ReplyDelete