Pages

Saturday, January 28, 2012

Aku Pasrah Segalanya

Bismillahirahmanirahim
Masih berharap akan rahmatNya dan cinta padaNya memenuhi relung2 jiwa ini.
Sedikit lukisan hati untuk dikongsi..

Hakikatnya kini, aku baru merasa peritnya Redha.
Walau hanya lima gabungan huruf, hakikat pada yang melaluinya sangat pedih dan amat2 menyakitkan.
Redha pada ketentuan qada' dan qadar Ilahi ini susah rupanya.
Bagaikan tersiat siat kulit dari dalam.
Bisanya bisa membunuh pada yang melaluinya secara hidup2.
Tetapi, itu seakan putus rahmat dari Ilahi.
Justeru, harus yakin dan PERCAYA pd kehendak dan sesuatu yg terjadi pasti dibawah izinnya dan mesti ada hikmah di sebaliknya.

Justeru,

Wahai insan yg kusayangi,
Aku tak boleh meninggalkanmu.
Kerana hati ini sudah terikat kemas padamu.


Wahai insan yang kusayangi,
Kadangkala aku tak mampu untuk berbicara,
Tetapi air mata serta doaku membantuku menceritakan.


Wahai insan yang kusayangi,
Aku rela dan kini hanya ini yang mampu ku lakukan.
Bacalah dengan teliti.


Wahai insan yang kusayangi,
Ketahuilah, aku sentiasa ada di sampingmu.
Walau hakikatnya aku tiada.
Aku  menyokongmu dgn doaku serta harapanku padaNya.
Maka,jika perlukan aku.
Datangilah aku.
Jika tidak perlukan aku.
Maka tinggalkanlah.
Aku? Tetap di sampingmu.
Tersenyum melihat senyumanmu.
Asalkan mendatangkan kebahagiaan padamu,


Tolonglah duhai insan yang kusayangi,
Jangan menangis lagi.
Alirkan tangis itu untuk perjuangan kita.
Aku  tak betah lagi melihat kau bersedih.


Maaf, aku takkan mendoakan untuk mengurangkan bebanmu
Melainkan biarlah semua itu memantapkan imanmu.
Menguatkan jiwamu.
Mencekalkan dirimu.
Aku sayang benar pada kamu.
Sentiasa ingin melihat kebahagiaanmu.
Tetapi, kadangkala aku sendiri tak mampu dan tak berdaya.
Malah, melukakan lagu hatimu.
Maafkan aku. 


Aku amat menyintaimu tiada lain melainkan kerana Allah jua.
Oleh itu, dasar hatiku amat memerlukanmu.
Kerana seperti selalu ku cakap,
'Kau keperluanku'...
Tak mengapa, aku bersiap untuk apa adnya nanti.


Tetapi, duhai insan yang ku sayangi.
Jika benar nanti aku perlu menelan kepahitan redha keatasmu sekali lg.
Maka, aku mohon. 
Bantu aku.
Bukan untuk melupakanmu,
itu tidak sekali-kali.
Tetapi,bantu aku utk terus cekal dan kuat
kehendak Allah ke atas kita.

Tuesday, January 24, 2012

Bicara Tentang Cinta

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..



p/s: kepercayaan aku tak berpenghujung........terpulang pada kau. Hati ini tetap utkmu..

Friday, January 20, 2012

Terusik


Bismillahirahmanirahim.

Dalam menikmati indahnya panorama mlm, keheningan mengusik hati ini. Ingatan terbang bersama kenangan2 yg pernah mewarnai kehidupan ini. Dalam pertengahan bahagian ni, kami mula kelam kabut dengan assignment bertimbun, presentation, lab report, study, dll. 
Walaupun dlm kekalutan melanda, sambil tangan ligat mencuci pinggan mangkuk di singki bilik air, ingatan putar kembali buat kakak2 yg pernah menghiasi warna warni kehidupan saya. Alhamdulillah. Terima kasih kakak2. 

"Alia, nak makan apa hari ni?"
"Alia, bangun qiam.."
"Alia, jom solat dgn akak.."
"Alia, esok jom puasa.."
"Alia, buka puasa nnt kita mkn besar. Alia nak mkn apa?"
"Alia, nnt kejut akak ye.."
"Alia, jom tengok movie dgn akak.."
"Alia, tmn akak study mlm ni tau."
"Yea..yea..alia tmn akak mlm ni.."
"Alia nak g mne mlm2 nie?'

Allah...........sedih kalanya mengingatkan semuanya.. Beringin 27 banyak menyimpan kenangan saya bersama kakak2 yang Subhanallah!! hebat dr segi ilmu dan banyak mendidik saya. Menyebabkan saya lebih berminat utk menyingkap dunia luar. Hingga diri ini merasa sgt bertuah kerana cuti 1 bulan 1/2 (plus)(minus) dipenuhi dgn sesuatu yg tak pernah sy sangka. Terima kasih Ya Allah!! 

Tapi, kini...mereka masing2 sudah ingin mempersiapkan diri utk mencoretkan masa depan tersendiri. Alhamdulillah, Allah sudi meletakkan aku dlm kelompok solehah2 walaupun masanya singkat. Alhamdulillah, banyak yg aku peroleh dr mereka. 

Kami inginkan doa yg tulus dr kakak2 semuanya. Pemergian kalian akan membuatkan kami sentiasa mengharap utk adanya pertemuan lagi. Kami rindu pd kakak2. Ingin sekali tiap2 kali kaki ini melangkah lagi ke Beringin 27, tetapi, masa mengekang kami. Kakak2 fhm kan?

Kakak2...
Jangan lupakan kami ye..
Walau sejauh mana perpisahan yg kita alami,
Kenangan bersama kalian tetap segar dlm jiwa kami. 

Ilmu2pemberian kakak2 takkan terhapus dlm jiwa kami.
Kami membutuhkan sokongan serta doa, 
Agar kami bisa bangkit dgn kuat walaupun hakikatnya..
Kakak2 jauh dr kami.

Terima kasih atas tawa2 kakak2 sekalian
Terima kasih atas perkongsian ilmu dr kalian
Terima kasih atas tunjuk ajar yg di berikan
Doakan kami..Sokonglah kami..Tegurlah kami

Ketahuilah sekiranya kami diberi pilihan utk kakak2 sekalian menetap atau tidak, sudah semestinya kami memilih utk akak2 menetap. Bersama kami. Tapi, kami mengerti dan memahami. Ada yg lebih harus malah ada yg wajib utk diutamakan.

Aasif Jiddan ye kakak2 sekalian.
Halalkan lah makan minum kami. 
Halalkan ilmu2 yg pernah kakak2 berikan pada kami..

Semoga pertemuan dan perpisahan kita hanyalah kerana Allah
Kerana Dia yg Maha Hebat mengaturkan semua ini
Untuk kita mengisi ruang2 kehidupan ini dgn warna warni.
Semoga kita nanti dibangkitkan dlm keadaan saling mencintai seperti di dunia dlm kalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. 
Amin...

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..

Tuesday, January 17, 2012

Trusting @_@

Bismillahirahmanirahim..
Masih dlm kamar kesabaran..mengharapkan relungan jiwa dipenuhi rasa cinta pd Dia.

Percaya. Tiadalah timbulnya suatu urusan jika tiada kepercayaan. Apabila rasa percaya ditanam dlm diri pd seseorang, kita akan tetap teguh dengannya walaupun apa jua yang melanda. 

Ukhwah yang terjalin akan terpasak kesetiaan bila adanya percaya. Utk menegakkan kalam Tuhan, takkan bangkit tanpa percaya pada jiwa yg akan bangun. Utk menjadi beriman pada Rabb, takkan boleh bila tiadanya percaya pd Sang Tuhan.

Percaya itu iman.

Kerana percaya itulah....aku masih di sini.
Berdiri dlm kepercayaan yg terbaik hanyalah dr Ilahi.
Percaya dlm setiap doa bahawa Dia mendengari.
Tatkala rindu menyapa hati, aku menongkah doa pd Sang Ilahi.
Kerana percaya, Dia mempertemukan kita tanpa disangka.

Kerana percaya janji2nya.
Aku masih tetap di sini walau jiwa ku jatuh.
Utk meneruskan sisa kehidupan ini.
Bersama percayayg ku kendong utk meragut Redha Ilahi..

hamba

Menghamparkan diri pada Ilahi Rabbi..
Dengan menghadirkan tawakal setelah cuba sedaya upaya..
Diuji dengan segala kudrat yg dimiliki..
Utk melihat tahap keimanan hamba beriman.

Aku merasa tersebam jatuh ke bumi apabila yg diharapkan tidak menjadi kenyataan..
Merasa ditolak ke tepi saat suara tidak didengari..
Merasa ghuraba' dlm kalangan sekelilingku sendiri..
Tapi keyakinan pd Ilahi terpasak kukuh di hati.

Bahawa yg tidak diuji tidak dinamakan beriman..
Utk mengenal Tuhan Yang Agung lebih mendalam..
Menyandarkan ketentuan dlm pelukan tawakal..
Serta merebahkan kehidupan dlm keredhaan Keduniaan.

Utk menghambat pedihnya azab kedurjanaan neraka..
Utk menikmati nikmatnya firdausi..
Aku harus akur dgn ujian diri..
Bahawa dunia adalah tipu daya..

Bagaikan fatamorgana yg menipu sang musafir..
Tatkala terlalu menanggung azab kedahagaan..
Diterpa tempat yg disangka berair..
Rupanya tempat ketandusan pasir yang berdebu. 

Maafkan sy.

Maafkan sy.
Atas apa yg telah berlaku..
Atas apa yg terjadi..
Atas apa yg telah mengharukan jiwamu..

Maafkan sy.
Nukilan ini coretan hatiku yg berbisa kerana melukaimu.
Maafkan jika ia menggangu.
Nukilan ini tidak mengharapkan simpati darimu..melainkan..
Maafkan sy.

Seperti katamu, sahabat2 adalah pendokong dalam membawa kehidupan sebagai pejuang.
Adalah sama dalam keadaanku..
Mereka, adalah sahabat2 seperjuanganku.
Yang mengingatkanku tatkala lupa..yang menangis ketawa bersama..
Mereka istemewa dalam hidupku.
Tapi, kau. Adalah yg teristemewa dalam hatiku..
Tiada tertangingnya pemberian Allah buatku.

Maaf..
Kata2 ini bukan reka-rekaan aku utk menyedapkan hatimu.
Tapi, inilah kenyataan yang aku rasakan padamu.
Maafkan sy.

Benar, aku turut merasa kedatangan mereka2 adalah sebagai ujian buat kita.
Untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan kepercayaan.
Aku menyerahkan serta menghadirkan diri pada Dia tatkala aku merasa sudah kehilanganmu total.
Redha..
Kemudian Dia memberimu kembali padaku.
Aku terpaku..walau aku merasa terluka.
Aku membuka ruang hatiku sedikit demi sedikit utkmu..sehingga tiada lagi ruang bagi yg lain..
Melainkan Allah dan kedua ibu bapaku jua.
Kau selalu kata padaku, "Allah Maha Adil.."
Dengan itu juga aku cekal bersamamu.

Maafkan sy.
Diri ini selalu kejam padamu.
Bagaikan tak pernah menghargai kasih sayang sucimu.
Pernah ku rasa kau ada yg lebih berhak utk disayangi.
Tapi, aku tepis!
Sehingga hatiku tak mampu meragui kasih sayangmu.

Walau berjuta ujian..
Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya..
Aku tak mampu meragui kasih sayangmu..

Maafkan sy.


Ya Allah,
Demi kekuasaanMu,
Aku menyerahkan dia, hati serta jiwa sucinya padaMu,
utk Kau pulihkan..sembuhkan.
Kerana aku tak mampu mengubatinya, menyembuhnya,
melainkan Kau jua.
Jika dia masih meraguiku, 
Aku serahkan semuanya padaMu.
Kerana Engkau lebih mengetahui apa jua yg ada dlm hatiku. 
Aku menyayangi, mencintai serta mengasihinya..
Jika dia masih meraguiku,
Aku serahkan jiwanya padaMu,
Utk Kau sentiasa bersamanya.
Tapi Ya Allah,
Satu shj, aku tak sanggup kehilangannya.
Hukumlah aku dgn tarbiyah dariMu atas kesalahanku pada jiwa suci ini.
Kurniakan kesabaran, ketabahan serta kecekalan hati utk dia mengharungi ujian2 dunia ini.
Agar dikurnia tempat yg hebat disisimu di Akhirat kelak.
Semuanya berbalik padamu..
Engkau mengetahui hatiku.

Monday, January 16, 2012

Redha

Bismillahirahmanirahim..
Dengan kata ampun bersulam sendu serta redha ditambah tawakal pada Mu..
Ampunilah hambaMu yg lemah lg hina ini.


Alhamdulillah, diberi kesempatan dalam curian masa utk masih menulis (bertaip) di sini. Setelah sekian lama-lamanya sekali utk tidak menge'post' something.


Banyak yg aku lalui..inilah yg dikatakan hidup. Tidak namanya hidup jika tidak beserta ujian. Tidak namanya beriman jika tidak diuji. AllahuRabbi! 


Kuatkanlah aku sentiasa utk menempuhi semua ini. 
Pinjamkan aku kesabaran dan kekuatanMu Ya Allah, utk menempuhi ujian-ujianMu ini. Utk mengajarku erti lebih Redha pada ketentuanMu. 


Tolong aku, Ya Allah..
Kurniakan dia kesabaran dan kekuatan serta kecekalan hati utk mengharungi ujianMu..
Aku tak mampu mengubati lukanya..aku tak mampu pulihkan keadaanya. 
Kerana aku tak berdaya..
Sungguh, hanya padaMu yg mampu aku berserah.
Maka, aku serahkan dia, jiwa serta hatinya yg suci itu padamu. 
Utk kau pulihkan, sembuhkan..