Pages

Monday, May 23, 2011

Bisa Merapatkan SILATURAHIMnya Sih!!!

Bismillahirahmanirahim

Barakallahu Lakuma Wabaraka Laikuma Wajama'a Bainakuma Fikhair.
Alhamdulillah, tahniah. (Kenapa ni? Ada apa?) --Sabar

Sekalung ucapan penulis titipkan di sini utk kakak kpd shbt baik merangkap jiran sebelah rumah penulis yg selamat diijab qabulkan dengan suami tercinta ba'da zuhur tadi. >_< (Owh..begitu....)


Penulis bukan nak cerita tntg pasangan sejoli ini, apa yg penulis nak kongsikan di sini ialah apa yg terdetik dlm hati sewaktu membantu-bantu mak cik2 tadi menghidang makanan.

Adat bagi kami menghidangkan makanan utk keluarga pihak sebelah menjamu selera dirumah pengantin selepas selesai majlis akad nikah di masjid berdekatan. Belum walimahnya lagi, tetapi kira walimah kecil la.. (hurm..)

Bukan juga penulis ingin ceritakan tntg walimah kecil ini tetapi apa yg penuls nak kongsi sbnrnya ialah aktiviti yg diadakan secara gotong royong utk menjalankan walimah..

Ok, kwsn kejiranan kami msh mengamalkan adat pakatan. Pakatan bermaksud gotong-royong antara penduduk dlm penempatan itu sendiri (penulis buat mksd sendiri..lbh krg la). Apabila sesebuah rumah tersebut akan mengadakan walimah, jiran serta ahli pakatan yang lain akan bertandang ke rumah bkl walimah lazimnya dua, tiga hari sblm walimah utk membantu apa2 yg patut.

Kami masih tidak mengamalkan khidmat katering. Walaupun, ada sebagahagian yg menggunakannya kerana bagi mereka lebih mudah dan tidak meletihkan tetapi minoriti la. Majoritinya yg masih ingin menggunakan khidmat shbt2 kerana itu adat.

Selain adat, sebenarnya ia mempunyai sesuatu yg tersirat yang amat dicintai Allah.

Iaitu memelihara hubungan silaturahim...>_<

Firman Allah yg bermaksud:
".....Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajukan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaNya."
-Surah Al-Maidah : 2

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan drpd Ibn Umar dan Aisyah r.ha. Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Jibril sentiasa berpesan kpdku agar berbuat baik kpd jiran tetangga hingga aku menyangka kalau jiran tetangga itu akan termasuk sbg ahli waris".

Kita sambung semula..

Dua atau tiga minggu sblm walimah, mesyuarat akan diadakan di rumah yg bakal diadakan walimah tersebut. Mesyuarat itu utk membincangkan mengenai lauk pauk yg bakal dimasak utk walimah tersebut. Tidak ketinggalan lauk2 spesial utk pasangan pengantin. 

Disusuli dgn persiapan persendirian keluarga. 

Seminggu sblm  walimah diadakan biasanya tuan rumah mula menjemput tetangga kejiranan terdekat. Memang kalau diikutkan mereka sudah mengetahui berita walimah tetapi utk mengeratkan ukhwah. Tuan rumah lazimnya ibu bapa pengantin akan bertandang ke rumah2 tetangga utk menceritakan perkembangan persiapan dan menjemput ke rumah pengantin.

Sejurus itu, dua, tiga hari sblm walimah. Ahli pakatan serta tetangga akan bertandang bagi membantu melancarkan walimah. Lelaki perempuan yg membantu telah memeriahkan suasana. Selalunya suasana ini yg sangat disukai. >_<

Semasa bantu-membantu tersebut, kaum perempuan akan berkumpul setempat utk melaksanakan tugas2 ringan spt mengupas bawang, memotong cili dll. Biasanya di dapur rumah. Manakala, kaum lelaki pula akan menyiapkan meja, memasang khemah, meyediakan periuk, kuali dan sebagainya. Manakala, anak2 muda akan berkumpul membungkus saguhati utk tetamu spt gula2, bunga telur dll mengikut kreativiti tuan walimahnya. Selalunya kerja ini dilakukan di ruang tamu atau di bilik2 khas yg disediakan oleh tuan rumah.

Dari situ, mereka akan saling mengenali antara satu sama lain. Mengetahui kesukaan, dukacita dan realiti kehidupan sebenar yg mereka alami mereka bersedia utk berkongsi bersama. Dengan pengalaman masing2 tersebut mereka bawakan utk menjadikan yg terbaik dari walimah tersebut. Idea2 penambahan dari mereka selain idea majoriti tuan walimah membuatkan walimah itu bertambah berseri.

Kemuncak apabila hari walimahnya telah berlangsung. Mereka tetap akan membantu dengan mengutip pinggan, mengelap meja, menyediakan air, mencuci pinggan. Lazimnya kaum keluarga akan menyiapkan hidangan utk pengantin.

Subhanallah, nikmat ini nikmat silaturahim yg indah yg pernah penulis rasakan.

Upahnya akan diberikan oleh tuan yg mengadakan walimah tersebut. Antaranya duit yg digubah menjadi bentuk bunga dan dikepil dengan safety pin dan dipakaikan sbg button batch di baju ahli pakatan, lauk pauk walimah juga boleh di kira upah utk ahli pakatan, rokok (jarang ada), dan banyak lagi. Yang paling penting ialah keikhlasan mereka dlm membantu untuk memeriahkan walimah tersebut. Semoga Allah membalasnya.

Walaupun hakikatnya memenatkan, mereka merasakan itu adalah keseronokan yg perlu mereka penuhi. Menjadi lebih seronok apabila tiba musim cuti sekolah. Banyak walimah2 akan diadakan dan wajarlah penempatan penulis juga dihujani walimah2 yg bakal diadakan dan semestinya dgn bantuan pakatan.

Inilah keseronokan yg tiada tolok bandingannya. Berada dlm keramaian manusia2 yg saling bantu-membantu meringankan beban masing2. Tentunya ini akan lebih mendatangkan rahmat dan tentunya keredhaan dariNya. Semoga kita memperolehinya. Amin. Penulis juga mendoakan kerahmatan dan keredhaan utk dua buah rumah jiran penulis (kiri dan kanan rmh) yg bakal melangsungkan walimah. Amin >_<.

Pengalaman ini telah penulis rasai pd 4 bulan yg lalu apabila kakak penulis melangsungkan pernikahan. Subhanallah, memang indah jika kita menghayati hbgn silaturahim yg terjalin di dlmnya.

 ~Bungkusan gula2..

~Saguhati buat tetamu

 ~Lima beradik berkumpul jua >_<
Alhamdulillah

~Subhanallah...

Kata akhir: Harapan penulis agar perkara ini berterusan supaya penulis sempat merasainya. Semoga ya! >_<

Wassalam,
mahabbah 'Aliyah

No comments:

Post a Comment