Pages

Sunday, November 21, 2010

solusinya kini ku temui

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum, pada semua.

masih tak putus aku cuba untuk mencari pengisi untuk mengisi hati ini. alhamdulillah, semasa keluar bersama saudara aku terlihat sebuah kedai buku. ya, harus beli sebuah sebagai pemantap hati sahabat. gerak hatiku, aku beritahu pada kakakku utk pergi ke kedai buku tersebut. terlihat Solusi. mesti beli. kerana penungguan tidak akan berpenghujung jika kita tetap terus menunggu. ibu bising. nanti ada dua buah katanya. tidak menjadi masalah bagiku.

aku menelaah sehelai demi sehelai untuk memantapkan hati. sedikit nota penguat diri ditulis. insyaAllah.

dua hari lepas, sambil melihat-lihat facebook aku cek siapa yang online. nah, sahabatku ada yang online. alhamdulillah, dia ku sapa.

"assalamualaikum, ukhti. boleh ana minta sedikit nasihat dari nt?"

alhamdulillah, aku memulakan perbincangan dengan memberi situasi yang telah ku lalui kini. ternyata, ujian kami hampir serupa. terdetik, adakah semua alumni akan mengalami situasi begini? tak mengapa. kami masih meneruskan perbincangan mengenainya. setelah hampir setengah jam ber'chatting' di facebook, kami beralih ke yahoo messenger. alhamdulillah, masih meneruskan perbincangan. isi-isinya aku sematkan dalam hati.

alhamdulillah, satu jam berlalu dan perbincangan kami juga berakhir. alhamdulillah sekali lagi kerana dalam satu jam tersebut kami dapat mencari konklusinya.

DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DI DUNIA INI KITA HARUS MENCARI TETAPI BUKAN SEKADAR DUDUK MENUNGGU PENGISIAN YANG BERISI YANG KITA NANTIKAN DATANG BERGOLEK-GOLEK KEPADA KITA. KITA HARUS BERGERAK DENGAN MEMBACA DAN JIKA BOLEH BERUSAHA MENCIPTA USRAH SENDIRI. INI KERANA UNTUK SENTIASA MEMBIMBING HATI DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. DARI PEMBACAAN TERSEBUT HARUS BERTINDAK DENGAN PERBUATAN YANG DISUKAI ALLAH IAITU MENCEGAH YANG MUNGKAR DAN MENGAJAK YANG MAKRUF. ITU SEMUA KITA DAPATI DARI PEMBACAAN TERSEBUT. insyaAllah, terbimbing.

kadangkala persekitaran menjadi salah satu faktor untuk melakukan dakwah. tetapi, sesetengah hamba diuji dengan alam persekitaran yang bukan setakat tidak membantu malah melemahkan jiwa dan ada tikanya boleh merosakkan aqidah seseorang hamba itu sendiri. ya, semua itu ujian yang Allah datangkan kepada kita. setiap hamba memiliki ujian yang berbeza mengikut kemampuan individu itu sendiri.

Allah sendiri telah berkata yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikannya) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami mengahadi orang-orang kafir"
TERIMA KASIH ALLAH!! untuk sahabatku, semoga kamu kuat dalam menghadapi ujian yang diberi Allah...............
>_<

Wednesday, November 17, 2010

aku rindu USRAH

bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah, aku kini sedang cuti. cuti semester. lebih kurang selama 1 1/2 bulan. tapi kini, di mindaku sedang asyik memikirkan akitiviti yang berfaedah sebagai pengisian untuk memantapkan hati dan persediaan dalam setiap subjek di semester hadapan nanti. apakah yang akan ku lakukan?

sayunya hati ini kerana tidak berisi dengan peringatan-peringatan untuk menjadi pedoman dalam melalui perjalanan hamba mencapai destinasi taqwa. dua minggu sebelum cuti semester aku berkeras untuk berusrah. alhamdulillah, hati tercas. alhamdulillah. dengan pengisian yang diterima aku pegang kuat-kuat agar menjadi bekalan di hari-hari biasa. dengan penuh kekuatan, aku mengumpulkan pemahaman bahawa naqibah ku yang sentiasa sibuk. ya, kami sama-sama menempuh perihal yang sama iaitu study. tapi, beliau mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap kolej. insyaAllah, aku memahami. dalam memahami aku juga meronta.

tekad, menekan punat 'sent'.

"assalamualaikum, kak mirah. blh tak minggu ni kita adakan usrah? pengisian sebelum cuti. insyaAllah"
beberapa minit, meseg dibalas.
"waalaikumusalam. insyaAllah, kak mirah try ye sebab lepas ni killer paper. gap dua hari je. risau juga. ok dik?"
ringkas, aku membalas ''ok''.
tapi, setibanya aku dikolej, aku senyap kerana tanda memahami bahawa beliau sibuk.
ligat otakku berfikir..hatiku bertanya..
berdosakah aku mendesak? mungkin kerana terlalu pentingkan diri hingga melupakan tanggungjawab orang lain yang lebih besar. ya, masa itu killer paper aku masih lagi berbaki satu. beliau lagi berat. Allah, aku cuba memahami. aku cuba memahami.
aku nekad, lepas habis paper yang terakhir ini aku mesti penuhkan hati dengan ilmu agama dengan ilmu akademik serentak. insyaAllah!
''majalah Solusi kan ada. blog, halaqah, tanyalah ustaz, radio ikim. semua itu boleh menguatkan hati!'', detik si kecil hati. ya, aku mesti manfaatkannya. mungkin sebelum ini aku hanya memilih topik dalam membaca Solusi, memilih tajuk dalam mendengar Tanyalah Ustaz..tapi, kini Allah ingin mengajarku BAHAWA SEMUA ITU PERLU DITUNTUT TANPA PERLU MEMILIH. ya, ILMU HARUS DITUNTUT TANPA SYARAT. ya, ada hikmahnya. ya, ada hikmahnya.
''ya Allah, bantulah aku dalam mencari usrah tika aku cuti kini. permudahkanlah, ya Allah. aku benar-benar merindui usrah. dan dengan pengganti usrah yang telah Engkau salurkan, radhailah ya Allah. aku memerlukan Redha dariMu."......................................................
''Allah, aku benar benar merindui usrah"...

eidul adha~~

bismillahirahmanirahim..





Salam Eiduladha

semoga para jemaah yang kini berada di Makkah al-Mukarramah memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang dalam keadaan sihat wal-afiat.

buat kita yang berada di bumi aman Malaysia ini, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan menunaikan Solat Sunat Aiduladha secara berjemaah di kawasan masing-masing.

tahniah bagi yang telah berjaya menyerapkan pengisian yang dilontarkan dalam khutbah solat sebentar tadi. alhamdulillah.

bagi yang melaksanakan korban, alhamdulillah. pasti ada keberkatan yang di sisipkan oleh Allah s.w.t. kepada kalian..insyaAllah. tiap titisan darah korban yang mengalir itu akan di ambil kira oleh Allah.

wassalam.

Sunday, November 14, 2010

Pesanan~~~

bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah, keputusan UPSR kini sudah keluar. tahniah pada adik-adik yang berjaya merangkul 5A dan kepada yang tidak mendapat 5A, tidak mengapa. cuba lagi! insyaAllah..anda mampu melakukannya. kini adik-adik yang mengambil PMR juga sudah bebas. bebas ya? tak mengapa..anda memang berhak untuk merasa bebas. tetapi, anda juga harus mempersiapkan diri untuk menerima segala kemungkinan dalam menerima keputusan PMR akan datang. tetapi, insyaAllah, anda mampu. bagi adik-adik yang bakal menghadapi SPM, semoga berjaya diucapkan. kepada semua adik-adik di Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi, Selangor, semoga berjaya. baikilah hubungan anda dengan Allah, insyaAllah, Dia akan membantu anda.

ya, beralih kepada perihal yang ingin aku sampaikan.

okey, bagi sahabat yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPTA/S. tidak mengapa, pasti ada sesuatu yang terbaik yang dirancang oleh Allah untuk anda. kerana bagi aku yang sudah melaluinya selama satu semester, aku merasa kepahitan dan kemanisannya. untuk melalui semua ini kita harus tabah. ya, hidup sebagai seorang mahasiswa bukanlah sesuatu perkara yang sewenang-wenangnya untuk dilalui. apabila diri sudah bergelar mahasiswa, maka jati diri haruslah mantap.

mantap dengan apa?

mantap disini bermaksud memperhebat, memperbaguskan lagi tentang sesuatu yang sudah bagus. selain itu, berusaha untuk menaiktarafkan menjadi sesutu yang gempak.
untuk kelihatan mantap, kita harus berusaha dengan lebih keras agar sesuatu itu kelihatan sempurna.

justeru, apa yang ingin diperhebatkan?

segala persiapan fizikal mahupun mental untuk menghadapi dunia yang boleh memporak perandakan kehidupan kita atau dunia yang boleh mengubah hidup kita. hubungan kita sebagai hamba kepada Allah yang Satu, haruslah dijaga dan dipelihara. itulah benih yang perlu kita tanam di dalam diri (hati) bermula dari sekarang. kawan aku ada cakap, ''aku dah tua, umur dah 18 tahun, dah terlambat''. NO!! tiada istilah tua atau muda untuk menerima ajaran Allah, tiada alasan untuk mengikut sesuatu yang telah di tuntut Allah. kecuali bagi orang-orang yang tidak mahu. maka orang-orang tersebut telah Allah gelapkan hatinya. na'uzubillah.

kekuatan jati diri juga haruslah di jaga. ini kerana, apabila berhadapan dengan dunia luar kita tidak boleh menjangkau segala kemungkinan yang bakal berlaku. oleh itu, dengan adanya jati diri yang kuat, kita akan terpelihara dari anasir-anasir yang membimbangkan. tambahan pula, pada kelompok yang agak terkepong dari semua ini (tidak memberat atau mengutuk mana-mana pihak. hanya sekadar pendapat). mereka haruslah membuka minda. bukan membuka minda yang mendorong ke arah hawa nafsu, tetapi ke arah yang disyariatkan oleh syara'. harus membuka minda untuk persiapan menghadapi dunia luar. mengkin kerana terlalu berada didalam kotak, minda golongan ini tertutup dan apabila berhadapan dengan semua ini, mereka terkejut. nah! ini yang menyebabkan mereka mudah terjebak dalam situasi yang tidak diingini masyarakat. ya, kebanyakannya datang dari golongan remaja. tidak kurang juga yang terlalu membuka minda sampai sanggup menutup mata atas kesalahan yang berlaku di depan mata. sehingga semua ini dikatakan sesuatu yang harus dipelajari.

oleh itu, wahai sahabat serta adik-adik yang bakal 'bercuti' selepas peperiksaan SPM ini. gunakanlah peluang ini untuk memantapkan lagi diri serta jiwa anda untuk menghadapi dunia luar. mungkin sesetengah yang sudah merancang untuk bekerja tetapi itu juga sesutu usaha yang bagus kerana ada juga usaha untuk menghadapi dunia luar. tetapi, janganlah sampai terpengaruh. hidupkan semula jiwa kita yang telah padam dek ujian-ujian yang menimpa diri. ketahuilah, ujian duniawi yang datang pada kita itu adalah sebagai penguji iman kita.

insyaAllah, anda mampu. hadapilah segalanya dengan hati. sebelum itu, wajiblah bersihkan hati agar terbimbing ke arah yang diredhai. ingat! hidup dengan matlamat yang satu, Mencapai Mardhatillah....wassalam

meniti hari 2

bismillahirahmanirahim..

sepanjang seminggu berorientasi di tempat baru, aku rasa seperti mendapat semangat baru. mungkin penat dan sedikit perasaan sedih berjauhan bersama family(berjauhan ke?)..aku lupakan semuanya hanya kerana ingin merasai pengalaman baru yang unik. aku memikirkan amanah dan tanggungjawab yang aku galas kini mesti aku jalankan dengan baik. walaupun aku sedar segala kekurangan dan kelemahan yang ada...tetapi aku lebih memikirkan..Allah ada!!

aku melihat teman-teman yang lain melecet di kaki mereka akibat terlalu banyak berjalan. ada yang cirit-birit akibat sensitif dengan pemakanan yang disediakan..alergi dan histeria juga tidak ketinggalan. na'uzubillah, semoga aku peroleh perlindungan Allah dari syaitan laknatullah. aku berkata pada diri aku sendiri bahawa aku mesti kuat dalam melalui halangan-halangan ini. jangan bazirkan air mata untuk kepenatan ini, banyak lagi dosaku untuk ditangisi. insyaAllah, dengan itu aku kuat.

minggu pertama permulaan kelas, biasalah..sesat. bila masuk kelas dengan salam, muka lecturer memang dah lain. so, kami dah tahu bahawa lepas ini mesti satu jam atau setengah jam lebih awal dari lecturer. alhamdulillah, aku gembira disini. bersama teman yang dipilih Allah buatku, semuanya baik-baik. alhamdulillah, kami saling tegur menegur tatkala ada yang lalai.

tetapi, dalam melalui liku-liku persahabatan aku masih mencari keredhaan Allah dalam persahabatan yang kami bina selama satu semester ini. supaya, di kemudian hari tujuan kami biarlah hanya pada Allah..ya Allah, permudahkanlah..
alhamdulillah, mereka juga saling membantuku dalam pelajaran. malah, kami bersama bantu membantu.

tidak kurang hebatnya rakan sebilikku. mereka semuanya ok. alhamdulillah. manusia memang tidak sempurna, tetapi kami juga saling tegur menegur jika tatkala ada antara kami yang lalai. Allah! indahnya terasa semua yang kulalui ini..peliharalah aku, ya Allah.

Saturday, November 13, 2010

dariNya kita datang..kepadaNya kita kembali

bismillahirahmanirahim..


innalillahi wainna ilaihi raji'un
aku kini kehilangan kucing tersayang, No.3 kepangkuan Ilahi..
pada hari Sabtu, 13 Nov 2010..jam 12.35 tgh hari..
sangat comel..manja..suka ikan goreng dan anti ikan rebus..
jenis kacukan siam berbulu pendek..berumur 2 tahun 4 bulan..
meninggal disebabkan demam kuning..
Terima Kasih Ya Allah kerana membenarkan kami meminjamnya sebentar...

Friday, November 12, 2010

meniti hari 1

bismillahirahmanirahim...

melalui hari-hari mendatang dengan ujian dan pengajaran yang tak pernah lekang membuat aku untuk terus tabah menghadapinya. membuat fikiran aku bertambah matang. juga membuat aku lebih berhati-hati menghadapi godaan dunia yang saban menanti tak henti. apabila memasuki dunia universiti, skop kehidupan kita akan bertambah luas. melalui kehidupan di alam universiti akan membuka semua tembelang kehidupan. di sinilah kita akan melihat dan memilih jalan hidup sama ada yang baik ataupun buruk. oleh itu, kita sentiasa harus memuhasabah diri untuk lebih pantas dari cepat menangkap masalah tentang isu semasa yang melanda supaya kita tahu dan elak.

memang lama aku mendiam dari menulis tentang apa yang kini telah berlaku dalam diari kehidupan aku. setiap hari aku mempertimbangkan tentang penulisanku dan waktuku yang singkat di sini. disebabkan itu, aku mengalah. mengalah pada waktu yang sentiasa cemburu. kini, aku bisa untuk menulis semula kerasa kelapangan waktu yang ada.

faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan sebagai seorang siswi adalah teman..sahabat..kawan..atau apa istilah yang diertikan oleh setiap individu. manakala aku disini lebih senang dengan istilah sahabat. definisi aku tentang sahabat ialah seseorang yang sangat rapat dan istimewa di hati kita. sahabat yang boleh menjadikan kita berjaya, tersungkur, menyesal seumur hidup, gembira, bersusah senang bersama dan banyak lagi impak tentangnya. sahabat memiliki pengaruh yang besar dalam diri setiap manusia..

ADAKAH DI SINI ORANG YANG BOLEH HIDUP TANPA SAHABAT?
-tampil dan beritahu pada saya-
cara pembelajaran juga mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan universiti. adakah seseorang tersebut mempunyai cara pembelajaran yang betul atau salah.. bak kata pepatah inggeris, "study smart..not study hard". dengan cara pembelajaran kita akan menentukan cara kita dalam menjawab final exam. walaupun aku bukanlah pakar dan pandai seperti sahabat-sahabat yang lain tetapi aku tahu mengenainya. seharusnya seorang mahasiswa tidak perlu lagi menunggu bulan untuk jatuh ke riba malah menggoda bulan tersebut untuk jatuh ke riba kita! mutiara tidak akan sewenang-wenangnya timbul di permukaan laut tetapi manusia harus menyelam untuk mendapatkannya. ilmu itu liar dan kita sebagai penuntut harus pandai menjinakkannya.
hablu minallah hablu minannas..
apabila hubungan dengan Allah terjaga maka secara automatiknya hubungan dengan manusia juga akan dipelihara oleh Allah. memang kita manusia serta hamba yang lemah tetapi kita perlu sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan kita dengan Allah. mungkin ada yang merungut walau sudah berusaha menjaga hubungan dengan Allah tetapi tetap saja hubungan dengan manusia terjejas. mungkin disitu ada yang ingin Allah beri pada kita. sesuatu yang kita sendiri tidak jangka..atau masih ada dosa serta maksiat yang masih melekat dengan kita. na'uzubillah.
insyaAllah, yakinlah! apabila kita pelihara hubungan dengan Allah, Allah tidak akan memungkiri janjinya untuk pelihara hubungan kita dengan sesama manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
alhamdulillah, sudah selesai satu semester dalam dunia universiti. masa sungguh mencemburui. banyak lagi yang akan akan aku kongsikan dalam penulisanku sepanjang cuti ini..insyaAllah. doakan...

Thursday, May 27, 2010

Cinta Hakiki~

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusi dibuai cinta nafsu
Kita sering menyanka
Cinta manusia itu cinta yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi


nasyeed by: Raihan

Saturday, May 8, 2010

::Berkat Wudhu::

Pada zaman dahulu, masih dalam linkungan zaman kebangkitan Islam. Di sebuah kampung, tinggalah sebuah kejiranan antara agama Yahudi dan Islam. Walaupun mereka berlainan agama, tetapi mereka saling bantu-membantu tanpa mengisahkan perihal agama atau sebagainya.

Hinggalah ke suatu masa, sepasang suami isteri berbangsa Yahudi tinggal berjiran dengan seorang wanita yang beragama Islam. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang tidak boleh berjalan tetapi untuk bergerak, anak tersebut perlu mengesotkan badannya.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri harus keluar ke kampung seberang atas urusan penting. Disebabkan itu, mereka buntu kerana pada waktu tersebut tiada siapa yang boleh menjaga anak mereka.

"Abang, saya tidak sanggup mahu meninggalkan anak kita sebegitu saja. Seseorang harus menjaga makan minum anak kita." kata si isteri.

"Habis apa yang boleh kita lakukan? Seluruh kampung abang sudah cari jikalau ada sesiapa yang mahu bekerja dengan kita, tetapi malangnya tiada seorang pun yang mahu." balas sang suami.

Justeru, mereka masih memikirkan alternatif yang selamat, aman serta yang terbaik buat anak mereka. Sehingga suatu saat.."abang, saya ada idea! Saya mencadangkan kita minta bantuan jiran kita untuk memelihara anak kita sebentar". Akhirnya, mereka sekeluarga setuju dengan rancangan tersebut termasuk anak perempuan mereka,

Dengan izin Allah, wanita Islam tersebut bersetuju untuk membantu pasangan suami isteri tersebut tanpa mengambil upah. Nak dijadikan cerita, setelah selesai menyuapkan makanan dan memandikan anak perempuan tadi, wanita tersebut bergegas ke belakang rumah untuk mengambil wudhu dari telaga yang terletak dibelakang rumahnya. Beliau ingin menunaikan solat fardhu.

Tanpa disedari wanita tersebut, anak perempuan itu mengikutinya sambil mengesot-esotkan badannya. Dia ingin melihat apa yang dimaksudkan sebagai wudhu serta solat yang disebutkan oleh wanita sebentar tadi sewaktu bercerita padanya. Apabila anak itu mendekati wanita basahlah kaki serta pakaiannya kerana terkena air wudhu wanita tersebut yang mengalir. Oleh itu, anak perempuan itu terus memanggil wanita tersebut, "kakak, kaki saya terasa ringan". Anak perempuan itu bangkit dengan sendirinya dan ternyata boleh berdiri malah berjalan tanpa perlu dipapah seperti bayi yang baru bertatih-tatih untuk berjalan.

Dengan spontannya, "Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!" keluar dari mulut wanita tersebut hingga mengalir air mata tanda bersyukur pada Allah dan terkejut.

Keadaan anak itu seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya. Keadaannya seperti anak itu tidak pernah lumpuh. Betapa ajaibnya wudhu yang diambil secara sempurna. Hanya kerana air yang mengalir seperti biasa boleh mengubati kelumpuhah badan seorang kanak-kanak.

Apabila tiba masanya, pasangan suami isteri tersebut pulang ke kampung halaman mereka setelah selesai urusan. Ternya reaksi mereka amat terkejut dengan kejadian yang berlaku pada anak mereka. Oleh itu, lantas mereka percaya akan kewujudan allah serta kebesaranNya....."..kun fa ya kun.."maka jadilah ia. Mereka terus bertemu khalifah yang memerintah dan terus memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah...

Alhamdulillah..tamat >_<

Fikir-fikir dan jangan lupa merenungkannya....

Friday, May 7, 2010

Ku Mohon Hanya Pada Mu~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Ya Allah, aku mohon
ampunkanlah segala dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku serta rahmati aku serta mereka dan kasihi mereka seperti mereka mengasihini aku sewaktu aku kecil.
Ya Allah, aku mohon
ampunilah dosa muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, muallim dan muallimah, sahabat2 serta ahli keluargaku serta kau limpahi mereka dengan rahmat dan hidayahmu.
Ya Allah, aku mohon
kau lindungilah kami dari bala bencana dan malapetaka serta penyakit yang buruk di dunia ini. kau lindungilah kami dari azab api neraka yang panas membakar
kau lindungilah kami dari siksaan kubur yang menakutkan
kami tidak tahu bagaimana ingin menghadapinya tanpa bantuan hidayah dan cahayaMu
berilah kami petunjuk dan jalanMu yang lurus.
permudahkanlah, ya Allah
urusan kami di dunia dan akhirat
urusan kami dengan ilmuMu
sesengguhnya urusan kami dengan ilmumu takkan habis sehingga aku mati
serta urusan muamalah kami
hanya padaMu Ya Allah..
kami memohon
segala yang Engkau berikan pada kami adalah nikmat Ya Allah..
terima kasih Ya Allah
matikanlah kami..
dalam keadaan beriman
dalam keadaan baik
dalam keadaan menyebut kalimat
"La Ila Ha Illallah"
"Tiada Tuhan Selain Allah".
sungguh pada Mu Ya Allah
tempat kami meminta dan kami memohon...
Walhamdulillahi Rabbil 'Allamin..

Wednesday, May 5, 2010

mana cukup satu pinggan!!!!

terimas kak nurul...princess dengan adik2 dah kenyang >_<

ini makanan kesukaan kami!!! tak cari lain dah...huhu


mummy nie sibok jer..org tengah lapar sangat ni!!


hahaha....scarecrow dpt kongka sorang2



wah..sedapnya..rasa nak tambah lagi biar gemok macam kak nurul..hehe(sorry kak nurul)




Wednesday, April 28, 2010

msh blm Telat~

bismillahirahmanirahim

"aqil, tengok tak FullMetal Alchemist (upss..kantoi)?" aku tanya pd aqil farhan (anak buah aku).

"kadang2 je kalau sempat."jawabnya ringkas dgn muka slamber.
"maksu(panggilan anak buah aku pada aku) tengok ke?"tanyanya pula.

"hmm.." aku mengangguk sambil senyum.

tiba-tiba, perbualan kami ditembus kak ngah (ibu pd aqil---kakak aku).

"nurul tgk cerita macam ni?" tanya kak ngah.
"hmm..pesepa?" loghat Kedahku bangkit.

"bukan apa, sorry la kak ngah nak cakap. tak payah dah la tengok cerita macam ni lagi. kak ngah tau la nurul suka tengok cartoon tapi sekarang kita dah tak banyak masa lagi. semuanya ingin membantu kita melupakan dan melekakan kita untuk beribadah pada Allah. sekarang ni masa kita singkat sangat. tengoklah, masa zaman Rasulullah s.a.w. pun dah sejengkal dengan kiamat..ini kan lagi zaman kita. kami kat sini semua dah lupakan dah cerita2 macam tu. kitaorang berenam hanya nak tumpukan hidup hanya pada ibadah saja" nasihat kak ngah padaku. "

aku ke sana semasa SMSAAB mangadakan Hari Takrim 09, dua hari dua malam aku menumpang di rumah kak ngah. walaupun dua hari dua malam, alhamdulillah secebis ilmu dapat aku bawa pulang dan dicoret dalam blog.

semasa pulang, aku memikirkan apa yang dibilangin kak ngah, emm..aku harus menanamkan azam baru dalam hidupku. ditambah dengan hidangan kisah Rabiatul Adawiyah yang aku beli dari MPH. aku lebih nekad untuk berubah. insyaAllah. yang penting Allah masih sayangkan kita semua dengan masih memberi masa untuk kita bertaubat dan berubah untuk menjadi hamba yang bertaqwa padaNya. jadi kita sebenarnya masih belum Telat~

Sunday, April 25, 2010

Hamster

Hamster: "This lively pet hamster will keep you company throughout the day. Watch him run on his wheel, drink water, and eat the food you feed him by clicking your mouse. Click the center of the wheel to make him get back on it."

Monday, April 5, 2010

tafsir al-quran hari ini 1

Bismillahirahmanirahim..
pembuka bicara yang indah untuk memulakan sesuatu.

1) Surah Sad (62-88)
-orang yang derhaka semasa di dunia bergaduh dan menyalahi antara satu sama lain di dalam neraka. mereka merasakan penyebab mereka memasuki neraka adalah bukan kerana mereka sendiri.
-Al-Quran adalah kebenaran yang sebenar-benarnya. walaupun ia kebenaran, orang kafir serta orang derhaka tetap berpaling darinya.
-Nabi Muhammad sebagai pemberi peringatan tentang azab dan pembalasan Allah.
-Allah berfirman kepada malaikat bahawa Dia ingin mencipta makhluk daripada tanah yang dinamakan sebagai manusia.
-apabila siap manusia pertama (Nabi Adam) dicipta, Allah mengarahkan bahawa malaikat dan seluruh makhluk sujud (sebagai hormat dan bukan sembahan) kepada Adam. tetapi, syaitan merasa dirinya lebih hebat dari manusia kerana ia diciptakan dari api manakala manusia hanya daripada tanah, lalu ia ingkar akan suruhan Allah Azza Wa Jalla.
-disebabkan itu, syaitan dihalau dari syurga.
-syaitan memohon kepada Allah dengan meminta penangguhan hidup sehingga hari kiamat. tujuannya adalah untuk menyesatkan manusia kecuali orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
-Allah memberi kebenaran dan juga berjanji akan memenuhkan neraka dengan syaitan dan orang-orang yang ingkar.
-Allah menyuruh Muhammad berkata bahawa baginda tidak akan mendapat keuntungan(imbalan) atas dakwahnya dan baginda bukan dari golongan yang mengada-adakan cerita(berita palsu).
-Al-Quran adalah peringatan dan Allah telah menjanjikan bahawa manusia akan mengetahui akan kebenarannya nanti samada di dunia mahupun di akhirat.

2) Surah Az-Zumar (1-5)
-Allah membuat pengakuan bahawa Dia yang menurunkan Al-Quran.
-salah satu tujuannya adalah sebagai bukti untuk membawa kebenaran yang Nabi Muhammad sampaikan.
-kita sebagai hambanya yang lemah lagi hina disuruh dengan arahan yang wajib, menyembah kepada Allah yang Maha Esa dengan ikhlas dalam beragama.
-agama Islam adalah agama yang murni milik Allah.
-Allah mempunyai tujuan tertentu dalam mencipta langit dan bumi, matahari dan bulan dan ia proses(bergerak) dengan waktu masing-masing.

segala kekurangan dan kesilapan boleh dibetulkan..sila komen jika saya melakukan kesilapan dalam mentafsir ayat Al-Quran ini...


INGINKAN PRODUK BAHAN ILMIAH YANG MENARIK JUGA BAHAN BACAAN MANTAP DITULIS OLEH PENULIS HEBAT SEPERTI PROF. IZZI, USTAZ ZAHAZAN, USTAZAH DATO SITI NOR BAHYAH DLL...LAWATI http://www.stormreaders.net/nurulaliyahsham
SUPAYA ANDA MEMBELI DENGAN MUDAH...
-telaga biru sdn bhd

Saturday, April 3, 2010


bismillahirahmanirahim

untuk berjaya kita harus mengambil langkah yang bijak supaya tidak tertipu terutamanya di dalam bidang perniagaan. oleh itu, disini saya ingin mempromote produk bahan bacaan yang mempunyai kualiti yang unggul serta memberi pulangan dunia dan akhiratiaitu Storm Readers. produk ini dikatakan unggul kerana ia ditulis oleh ikon-ikon yang terhebat serta unggul seperti Ustazah Dato Siti Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahazan, Dato Dr Fadzillah Kamsah serta ramai lagi.

Lawati http://www.stormreaders.net/nurulaliyahsham

semoga apa yang kita berikan dan yang kita inginkan, diberkati jua dirahmati oleh Allah s.w.t.
amin..
marilah kita bantu membantu sesama saudara seagama.

Friday, April 2, 2010

~alhamdulillah~sekarang

bismillahirahmanirahim

alhamdulillah..

Allah memberi kesempatan untuk aku update blog pd kali ini. setelah empat hari ketiadaan kak teh, aku membantunya menjaga anak-anaknya. alhamdulillah

sekali lagi kerana sepanjang aku menjaga anak-anak kak teh, abg. malik yg juga suaminya membantu dengan menjaga tiga dari lima anaknya(tapi jaga anak dia dkt umah dia la). manakala, aku menjaga yg selebihnya.

(afiq hilman time kecik-kecik. sekarang udah gede)


alhamdulillah




alhamdulillah


dengan bantuan ibu dgn kak esah, aku boleh diibaratkan sbg


'ibu kedua' bagi mereka. huhu..itu bak kata kakak-kakak aku la...


selepas empat hari memerah kepala di arkib negara dan UKM, kak teh kini pulang semula ke pangkuan anak-anaknya.

moga semua ini dijadikan amalan buatku...untukku jadikan sebagai bekalan di akhirat kelak..

insyaAllah










Tuesday, March 30, 2010

permulaan

bimillahirahmanirahim....
permulaan yg paling indah untuk suatu permulaan...

kini aku membuka bicara pena secara rasmi untuk memulakan penulisan yg baru. sebelum ini, aku juga mempunyai blog, tetapi atas kesilapan dan kesulitan, aku memulakan sesuatu yg baru.

dengan nafas yg baru, aku menguatkan hati dan jiwa untuk bangkit dgn sesutu yg lama kpd baru...insyaAllah

doakan ya..!!