Pages

Showing posts with label alunan tazkirah. Show all posts
Showing posts with label alunan tazkirah. Show all posts

Friday, September 2, 2011

eid fitri 1432 Hijr

bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita dapat mengecap nikmat Aidilfitri..
semua orang yang menganuti agama Islam akan dapat menikmati Aidilfitri tetapi mungkin sebahagian yang kurang peluang untuk meraikannya.

kemungkinan ada yang tidak mampu untuk mencari sesuatu yang baru untuk diraikan, menugkin ada keluarga yang baru menghantar ahli keluarganya pulang ke Rahmatullah dll.
apa-apa pun Aidilfitri tetap datang.

tidak kurang juga yang dapat menyambutnya dengan meriah, ada yang membuat persiapan yang serba sederhana untuk seisi keluarga dan tidak kurang juga yang menyambutnya secara berlebih-lebihan sehingga penyebab kepada pembaziran.

sebelum menyambutnya, seeloknya kita sebagai Muslim yg Mukmin (insyaAllah) muhasabah lah sedikit diri yang hina ini...

~layakkah kita ini menyambut Aidilfitri yg serba mulia ini?
~cukupkah amalan Ramadhan untuk kita meraikan kemenangan Aidilfitri?
~tercapaikah target Ramadhan kita utk...
     - tidak mengumpat?
     - khatam Al-Quran (sekurang2nya sekali)?
     - memelihara pandangan dari memandang yg bukan mahram?
     - mengeratkan silaturahim?
     - berzikir luar biasa?
     - solat tarawikh penuh pd setiap malam?
     - qiamullail?
     - memperbanyakkan amalan sunat lain seperti solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dll?

ada pelbagai cara untuk kita memperbanyakkan amal cuma kehendak dlm diri yang menentukannya..

tidak semestinya dalam bulan Ramadhan saja kita kena beribadah..cuma dlm Ramadhan tu ganjarannya lebih dengan peluangnya besar sebab Allah memberi pahala berganda jika beramal ibadah dalam bulan Ramadhan dan syaitan pula dirantai..

so, kita akan lebih mudah untuk beramal.

jadi, setelah berada dlm suasana Aidilfitri ini, marilah kita bersama2 meningkatkan amalan dan berusaha untuk bermujahadah dlm melawan nafsu dan syaitan.

insyaAllah.. Allah akan bantu hambaNya yang membantu agamaNya..kita akan di permudahkan dan ingat!! kita juga akan diuji kemantapan iman setelah darjat kita ditinggikan di sisi Allah...

puasa enam yuk!

minnal aidil wal faiezin..
Salam Aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..

p/s: walaupun saya tak mampu bertemu semua sahabat, tak mampu untuk call satu per satu, tak mampu nak
      sms pd semua, tak mampu nak post kat wall facebook kalian..tp ketahuilah kemaafan kalian pd bulan yg
      mulia ini amat kuharapkan. jika ada terguris hati serta terkasar bahasa.

walaupun tak tahu sempat atau tidak bertemu Ramadhan beserta Syawal pd tahun depan..tetapi tak salah jika berdoa untuk ada rezeki bertemu Ramadhan beserta Syawal semula..~

sekian.
mahabbah 'Aliyah
>_<


Sunday, May 22, 2011

Ibu Ayah

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, penulis masih lagi dikurniakan ilham dari Sang Maha Pemberi untuk menulis. Menulis untuk memuaskan hati ini dan menuntut kepada dakwah itu sendiri. Akhir-akhir ini kita semua telah menyambut hari yang sangat bahagia bagi sang Ibu kerana hari itu beliau-beliau terasa sangat disayangi.

Ya, mungkin ada anak2 yang memberi kenikmatan yang luar biasa bagi menyambut hari ibu atau ada yang biasa2 saja. Penulis sendiri, hanya mengucapkannya dengan hadiah sebuah ciuman. >_<
Serta hari bapa yang bakal disambut tidak lama lagi. InsyaAllah.

Menulis, bercakap, berfikir tentang ibu dan ayah..penulis mempunyai pengalamannya sendiri. InsyaAllah, ingin dikongsi.

Sejak kecil lagi aku suka hidup dalam keramaian orang. Meriah. Aku akan cepat terasa kesunyian jika tiada orang di rumahku. Aku cepat bertukar murung dan mula bercakap dgn boneka2 yang dibeli ibu.


Alhamdulillah, nenek tetap setia menemaniku. Beliau sudah lama menetap di rumah kami. Jadi, aku berkawan dengan nenek. Itupun aku masih merasa sunyi (mgkn aku kurang bersyukur).


Aku sangat2 mencintai waktu apabila rumah kami riuh rendah dengan kepulangan kakak2 ku. Tetapi, mereka pulang bersama keluarga masing2. Rumah kami bertambah meriah.


Setelah mereka pulang semula ke rumah masing2, aku kembali sedih. Nenek tetap menghiburkan aku. Banyak masaku bersama nenek. Aku hanya bersama ibu dan ayah ketika pada waktu malam dan hujung minggu. Ini kerana mereka bekerja. Wajar kalau aku rapat sekali dengan nenek.


Semasa umurku 13 tahun, nenek pergi meninggalkan kami. Aku merasa seperti kehilangan ibu. Nenek yang selama ini menemaniku menonton tv, membaca, menghantarkan aku ke van sekolah di simpang rumah, serta menungguku pulang, menyuapkan aku makan, bercerita kisah pak pandir, solat bersama dan banyak lagi. Banyak sekali kenangan aku dengan nenek. Tidak dapat ku nafikan itu.


Aku tak berani melimpahkan kesedihanku di hadapan ibu apatah lagi ayah. Tetapi, tertumpah juga pada sahabat2. Mereka mengerti.


Mencecah umurku 15 tahun, aku bertukar sekolah. Aku berharap apabila tinggal bersama kakakku dan keluarganya, aku akan menjadi lebih gembira tetapi di saat itu Allah telah menyedarkan aku bahawa aku sebenarnya masih mempunyai ibu dan ayah. Sedih. Sudah berpisah jauh, baru aku merasa kehadiran mereka dalam diriku. Baru aku tahu, rupannya aku memerlukan mereka.


Ternyata, dgn adanya perpisahan itu, mereka juga merindui aku. Hik..hik..


Sehingga aku menyelesaikan SPM, aku pulang kpd ibu dan ayahku. Lalu, aku bertekad tidak akan menjauh lagi dari mereka.


Alhamdulillah, aku ditawarkan bljr di UiTM Perlis utk menyambung pelajaranku. Boleh dikatakan setiap minggu aku pulang kerana perjalanan rumahku ke UiTM hanya memakan masa 45 minit shj.


Sbg seorang manusia, aku juga tak lepas melakukan kesilapan. Banyak kesilapan yang aku lakukan pada ibu dan ayahku. Tetapi, mereka tak jemu2 memberi nikmat kepada ku. Ibu, ayah. Hakikatnya, semuanya datang drpd Allah Azza Wa Jalla.

Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah' dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
-Surah Al-Isra':23-

Kini, aku boleh mengatasi perasaan sunyiku kerana aku tahu aku masih mempunyai kedua ayah dan ibu yang sentiasa bisa menhiburkan hatiku. >_<. Alhamdulillah!

Allah telah mengajar penulis cara menghargai kedua ibu bapa. Kesunyian juga terubat dengan adanya kucing2 kesayangan penyejuk mata, anak2 saudara penhibur telinga, buku2 penghibur jiwa dan Allah sebagai penghibur hati.

Ibu ayah, jasa kalian tetap tidak berbelah bagi. Sungguh, walau jasadku dibelah sejuta dan dicincang lumat, hati dan cinta ini tetap milik kalian setelah Allah dan Rasulnya. 

~Semoga penulis bisa mengamalkan apa yg ditulis. Lantas, kerana takut akan ugutan Allah bahawa nerakalah bagi sesiapa yang tidak mengamalkan atas apa yang disampaikan. Amin.

Sekian.
Wassalam.
mahabbah 'Aliyah
>_<

Wednesday, November 17, 2010

aku rindu USRAH

bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah, aku kini sedang cuti. cuti semester. lebih kurang selama 1 1/2 bulan. tapi kini, di mindaku sedang asyik memikirkan akitiviti yang berfaedah sebagai pengisian untuk memantapkan hati dan persediaan dalam setiap subjek di semester hadapan nanti. apakah yang akan ku lakukan?

sayunya hati ini kerana tidak berisi dengan peringatan-peringatan untuk menjadi pedoman dalam melalui perjalanan hamba mencapai destinasi taqwa. dua minggu sebelum cuti semester aku berkeras untuk berusrah. alhamdulillah, hati tercas. alhamdulillah. dengan pengisian yang diterima aku pegang kuat-kuat agar menjadi bekalan di hari-hari biasa. dengan penuh kekuatan, aku mengumpulkan pemahaman bahawa naqibah ku yang sentiasa sibuk. ya, kami sama-sama menempuh perihal yang sama iaitu study. tapi, beliau mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap kolej. insyaAllah, aku memahami. dalam memahami aku juga meronta.

tekad, menekan punat 'sent'.

"assalamualaikum, kak mirah. blh tak minggu ni kita adakan usrah? pengisian sebelum cuti. insyaAllah"
beberapa minit, meseg dibalas.
"waalaikumusalam. insyaAllah, kak mirah try ye sebab lepas ni killer paper. gap dua hari je. risau juga. ok dik?"
ringkas, aku membalas ''ok''.
tapi, setibanya aku dikolej, aku senyap kerana tanda memahami bahawa beliau sibuk.
ligat otakku berfikir..hatiku bertanya..
berdosakah aku mendesak? mungkin kerana terlalu pentingkan diri hingga melupakan tanggungjawab orang lain yang lebih besar. ya, masa itu killer paper aku masih lagi berbaki satu. beliau lagi berat. Allah, aku cuba memahami. aku cuba memahami.
aku nekad, lepas habis paper yang terakhir ini aku mesti penuhkan hati dengan ilmu agama dengan ilmu akademik serentak. insyaAllah!
''majalah Solusi kan ada. blog, halaqah, tanyalah ustaz, radio ikim. semua itu boleh menguatkan hati!'', detik si kecil hati. ya, aku mesti manfaatkannya. mungkin sebelum ini aku hanya memilih topik dalam membaca Solusi, memilih tajuk dalam mendengar Tanyalah Ustaz..tapi, kini Allah ingin mengajarku BAHAWA SEMUA ITU PERLU DITUNTUT TANPA PERLU MEMILIH. ya, ILMU HARUS DITUNTUT TANPA SYARAT. ya, ada hikmahnya. ya, ada hikmahnya.
''ya Allah, bantulah aku dalam mencari usrah tika aku cuti kini. permudahkanlah, ya Allah. aku benar-benar merindui usrah. dan dengan pengganti usrah yang telah Engkau salurkan, radhailah ya Allah. aku memerlukan Redha dariMu."......................................................
''Allah, aku benar benar merindui usrah"...

Saturday, November 13, 2010

dariNya kita datang..kepadaNya kita kembali

bismillahirahmanirahim..


innalillahi wainna ilaihi raji'un
aku kini kehilangan kucing tersayang, No.3 kepangkuan Ilahi..
pada hari Sabtu, 13 Nov 2010..jam 12.35 tgh hari..
sangat comel..manja..suka ikan goreng dan anti ikan rebus..
jenis kacukan siam berbulu pendek..berumur 2 tahun 4 bulan..
meninggal disebabkan demam kuning..
Terima Kasih Ya Allah kerana membenarkan kami meminjamnya sebentar...

Thursday, May 27, 2010

Cinta Hakiki~

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusi dibuai cinta nafsu
Kita sering menyanka
Cinta manusia itu cinta yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi


nasyeed by: Raihan