Pages

Showing posts with label KALAMULLAH. Show all posts
Showing posts with label KALAMULLAH. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Peneman sunyi, Penambah ilmu, Penguat iman.

Bismillahirahmanirahim...

InsyaAllah, post kali ini tentang koleksi dambaan hati penulis >_<. 
Merasakan betapa pentingnya ilmu dan ia datangnya dari membaca, penulis tekad untuk menanamkan minat membaca dalam diri. Penulis ambil dari kata2 Faizal Tehrani (seorang penulis novel terkenal): membaca, membaca, membaca, menulis (maaf jika salah dan minta perbetulkan). Sejak kecil penulis suka membeli dan membaca buku2 yang berwarna-warni (lumrah kanak2), kmdn minat itu pudar ketika meningkat dewasa. Alhamdulillah, atas petunjuk Allah Maha Pemberi, penulis kembali minat membeli dan membaca dan Alhamdulillah sekali lagi kerana dikurniakan nikmat membaca dan mudah untuk memperolehinya. Moga-moga usaha ini mampu diteruskan hingga nyawa di hujung kerongkong. (Walaupun Allah masih mengujiku dlm membaca, aku redha. InsyaAllah, aku redha). Maaf, sedikit selingan dan perkongsian >_<.
~ the incredible pink! InsyaAllah >_< 

 ~Penguat jiwa dan pembakar semangat! InsyaAllah!

>_< 

~Maksud sabda Nabi s.a.w: "Sampaikan daripadaku, walau sepotong ayat." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 

~Karya2 indah Allah dan penulis2 buku tersebut perantara penyampainya. Subhanallah! 

 ~Tidak asing lagi di mata kita. Subhanallah! Gandingan hebat! Mantoop!
>_<
~Inspirasi penawar hati. InsyaAllah!

Sekian shj yg boleh penulis kongsikan sebagai koleksi dambaan hati! 

Kata akhir: 
Jika kita ikhlas membaca, ilmu akan ikhlas mendampingi kita

Allahuakbar!
-Pesanan utk pembaca dan penulis yg masih lalai-

Wassalam..
mahabbah 'Aliyah

Monday, April 5, 2010

tafsir al-quran hari ini 1

Bismillahirahmanirahim..
pembuka bicara yang indah untuk memulakan sesuatu.

1) Surah Sad (62-88)
-orang yang derhaka semasa di dunia bergaduh dan menyalahi antara satu sama lain di dalam neraka. mereka merasakan penyebab mereka memasuki neraka adalah bukan kerana mereka sendiri.
-Al-Quran adalah kebenaran yang sebenar-benarnya. walaupun ia kebenaran, orang kafir serta orang derhaka tetap berpaling darinya.
-Nabi Muhammad sebagai pemberi peringatan tentang azab dan pembalasan Allah.
-Allah berfirman kepada malaikat bahawa Dia ingin mencipta makhluk daripada tanah yang dinamakan sebagai manusia.
-apabila siap manusia pertama (Nabi Adam) dicipta, Allah mengarahkan bahawa malaikat dan seluruh makhluk sujud (sebagai hormat dan bukan sembahan) kepada Adam. tetapi, syaitan merasa dirinya lebih hebat dari manusia kerana ia diciptakan dari api manakala manusia hanya daripada tanah, lalu ia ingkar akan suruhan Allah Azza Wa Jalla.
-disebabkan itu, syaitan dihalau dari syurga.
-syaitan memohon kepada Allah dengan meminta penangguhan hidup sehingga hari kiamat. tujuannya adalah untuk menyesatkan manusia kecuali orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
-Allah memberi kebenaran dan juga berjanji akan memenuhkan neraka dengan syaitan dan orang-orang yang ingkar.
-Allah menyuruh Muhammad berkata bahawa baginda tidak akan mendapat keuntungan(imbalan) atas dakwahnya dan baginda bukan dari golongan yang mengada-adakan cerita(berita palsu).
-Al-Quran adalah peringatan dan Allah telah menjanjikan bahawa manusia akan mengetahui akan kebenarannya nanti samada di dunia mahupun di akhirat.

2) Surah Az-Zumar (1-5)
-Allah membuat pengakuan bahawa Dia yang menurunkan Al-Quran.
-salah satu tujuannya adalah sebagai bukti untuk membawa kebenaran yang Nabi Muhammad sampaikan.
-kita sebagai hambanya yang lemah lagi hina disuruh dengan arahan yang wajib, menyembah kepada Allah yang Maha Esa dengan ikhlas dalam beragama.
-agama Islam adalah agama yang murni milik Allah.
-Allah mempunyai tujuan tertentu dalam mencipta langit dan bumi, matahari dan bulan dan ia proses(bergerak) dengan waktu masing-masing.

segala kekurangan dan kesilapan boleh dibetulkan..sila komen jika saya melakukan kesilapan dalam mentafsir ayat Al-Quran ini...


INGINKAN PRODUK BAHAN ILMIAH YANG MENARIK JUGA BAHAN BACAAN MANTAP DITULIS OLEH PENULIS HEBAT SEPERTI PROF. IZZI, USTAZ ZAHAZAN, USTAZAH DATO SITI NOR BAHYAH DLL...LAWATI http://www.stormreaders.net/nurulaliyahsham
SUPAYA ANDA MEMBELI DENGAN MUDAH...
-telaga biru sdn bhd