Pages

Wednesday, May 25, 2011

Daun Pun Berzikir

بسم الله الر حمن الر حيم

Apakah kita rasa dengan adanya harta yang berjuta-juta, seseorang itu akan memperolehi kebahagiaan? Lalu, dengan menghadapi kemiskinan, seseorang akan menjadi merana dan tersiksa dengan kehipannya? 

InsyaAllah, semuanya akan terjawab dalam sebuah novel pengait jiwa bagi yang merasa gelisah hidup dengan kemiskinan. Pengubat hati bagi yang tenggelam dengan kekayaan. Penawar rindu bagi yang merindui sahabat. 

Satu rangkap nasyid yang dinyanyikan Raihan bertajuk Antara 2 Cinta sangat se dengan asuai dengan novel ini. Anda boleh search You Tube dan taip Antara Dua Cinta utk mendengarkan nasyidnya. Liriknya boleh klik pd link ini; http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1028/the-zikr-antara-2-cinta.html

Setelah diamati nasyid serta keindahan liriknya. Itulah yang terjadi kepada penduduk di Desa Gagatan dalam novel Daun Pun Berzikir tulisan Taufiqurrahman Al-Azizy. Rasa tidak bersyukur yang dipupuk kerana membantah takdir yang sekian lama merajai diri.

Ada watak yg merasa bersyukur dgn apa adanya di tambah pula dgn kekayaan ilmu yg di miliki dan perasaan cinta yg membara terhadap Sang Pencinta.

Watak positif yg memainkan peranan yg baik sbg seorang hamba kpd Tuhannya, sbg anak yg taat kpd org tuanya, seorang sahabat yg sentiasa dahagakan nasihat dr sahabatnya, seorang kekasih yg merana menahan rindu pd si kekasih boleh memberikan imej yg baik pd pembaca.

Tidak lengkap tanpa tambahan dari watak negatif sbg penarik cerita. Imej serta pandangan yang buruk di tonjolkan secara hebat dlm kehidupan sesama manusia. Memandang rendah pd si miskin lalu menghinanya, paksaan dr seorang ibu utk mencintai pd yg tidak dicintai. oh, sungguh menyayat! Dgn adanya watak2 ini seharusnya di jadikan sempadan dan diambil moralnya dlm menghadapi realiti kehidupan. >_<

Penceritaan membawa kpd akibat kehidupan Haydar yg miskin, lalu dihina dgn keji oleh penduduk kampungnya sendiri, Desa Gagatan. Setelah ditimpa musibah kehilangan bapa tercinta, Haydar selalu dikatakan gila kerana asyik termenung dan bercakap sendirian. Ditambah pula  dgn gosip yg tersebar luas mengenai cintanya dgn anak seorang pengusaha kaya di desa itu, Encik Usman dan Puan Usman, iaitu si cantik Shofi.

Dlm masa yg sama, Haydar seorang yg taat kpd perintah Tuhannya. Seorang yg amat kaya jiwanya dan taat pula kpd ibunya. Haydar berjanji kpd ibunya utk tidak mencintai Shofi. Hanya Nayla yg memahami situasi Haydar dan menemaninya dlm memberi penguat semangat utk Haydar mengharungi hari2 yg sukar itu.

Oleh kerana desa itu tiada bekalan air bersih, Bram dan rkn2nya, pemuda pemudi kaya dari bandar dtg ke desa itu utk menyelesaikan masalah desa itu dan membuat kajian penggalian sumur utk memperoleh bekalan air bersih. Pd ketika itu juga, Bram telah jatuh cinta kpd Shofi sedangkan Bram selalu saja mempermainkan perasaan  wanita2 lain yg mencintainya. Dgn adanya harta, Bram merasa amat mudah utk mendapatkan cinta Shofi. Tambahan pula apabila Puan Usman menyetujui perhubungan mereka.

Mampukah Haydar mengatasi ujiannya dlm musibah yg menimpanya?
Dptkah Bram memiliki hati Shofi melalui hartanya yg banyak dan dgn restu Pn. Usman?
Siapakah Nayla di sisi Haydar? Adakah Nayla menjadi penghalang cinta Haydar dan Shofi?

Subhanallah! Buku ini fantastik!!

Dptkan buku ini di kedai buku sekitar tempat tinggal anda. Jika susah, dptkannya melalui online. Terutamanya bagi peminat2 novel. Cubalah sekali sekala merasai nikmat melalui pengalaman novel cinta Islamika. Pasti anda akan menyintainya suatu hari nanti, Insya Allah!!!


Tajuk:
Daun Pun Berzikir

Penulis:
Taufiqurrahman Al-Azizy

Penerbit:
PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Harga:
RM 18.00

Sekian.
Wassalam,
mahabbah 'Aliyah




No comments:

Post a Comment