Pages

Friday, May 6, 2011

Why do I love live in University's Life?

Assalamualaikum.

Hidup dalam universiti membuatkan kita selalu berfikir dan sedaya upaya untuk bertindak secara professional. (kadang kala tak jugak pro nye)

Hidup sebagai mahasiswa, menjadikan kita lebih cekal kerana harus belajar berdikari,wajib pandai mengurus masa dan harus tunduk pada kelewatan dalam tidur. (sebab siapkan assignment)

Hidup ini lebih seronok sebagai mahasiswa, kerana matlamat pada pagi hari adalah belajar dan misi untuk esok harinya adalah belajar juga…

Uniknya hidup sebagai mahasiswa kerana dapat mengenal sifat manusia (rakan2). Yang baik, pentingkan diri, sombong, genius, cekal, lemah semangat dan bodoh sombong turut ada dll. Yang baik dari mereka boleh di jadikan contoh. Manakala yang buruk dari mereka dijadikan teladan serta pengajaran.

Sahabat-sahabat yang berada di universiti ini semuanya best-best! Dapat belajar slank baru, dari Kelantan, Perak, Pahang, Penang dan terutamanya Keyel (KL)…diorang sangat best!
Terutamanya menemani ana sebagai roommate, classmate, C-Mart mate, toiletmate (saat tengah malam), movie mate dan yang paling penting sekali study helper and mate!...

Banyak sebenarnya yang boleh kita dapat dari kehidupan di kehidupan universii ini..
Yang paling pentng sekali..

Hidup menjadi lebih bahagia di universiti ini bila kita lebih mengenal Allah. Dari situ kita peroleh pelbagai teladan yang baik vs buruk yang untuk kita ikuti dan contohi serta untuk kita jauhi dan elakkan agar tidak membuatkan kita turut terjebak dalam kemaksiatan melampau dan pengakhiran yang menyakitkan. (na’uzubillahi min dzalik)

Wahai penuntut universiti lainnya,

Sesungguhnya peringatan ini buat dirimu serta diriku yang di penuhi kelemahan dan kehinaan ini..

Dekatlah kamu dengan orang alim (berilmu), maka sesungguhnya kamu akan turut terikut alim.

Dekatlah kamu dengan orang yang dekat hubungannya dengan Allah, dia akan membawa kamu juga turut dekat dengan Allah.

Kamu tahukan effectnya apabila kita dekat dengan Allah?

Firman Allah s.w.t:

“Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, mereka akan mendapat syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya sebagai kurnia dari Allah. Dan apa lagi yang di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.”\

(Ali ‘Imran:198)

~ Berbahagialah untuk orang yang dekat dengan Allah! >_<

Jauhilah dengan orang yang boleh menjauhkan dirimu dari Allah..kerana ia akan membinasakanmu dunia akhirat.

Kamu tahukan kesan dari menjarakkan hubungan dengan Allah?

Firman Allah Azza Wa Jalla:

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, kerana mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh, telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat Kami, jika kamu mengerti.” (Ali ‘Imran: 118)

~Maka buruk juga padah dan kesudahan bagi orang yang jauh dengan Allah..

>_<
Sekian.

Sunday, November 21, 2010

solusinya kini ku temui

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum, pada semua.

masih tak putus aku cuba untuk mencari pengisi untuk mengisi hati ini. alhamdulillah, semasa keluar bersama saudara aku terlihat sebuah kedai buku. ya, harus beli sebuah sebagai pemantap hati sahabat. gerak hatiku, aku beritahu pada kakakku utk pergi ke kedai buku tersebut. terlihat Solusi. mesti beli. kerana penungguan tidak akan berpenghujung jika kita tetap terus menunggu. ibu bising. nanti ada dua buah katanya. tidak menjadi masalah bagiku.

aku menelaah sehelai demi sehelai untuk memantapkan hati. sedikit nota penguat diri ditulis. insyaAllah.

dua hari lepas, sambil melihat-lihat facebook aku cek siapa yang online. nah, sahabatku ada yang online. alhamdulillah, dia ku sapa.

"assalamualaikum, ukhti. boleh ana minta sedikit nasihat dari nt?"

alhamdulillah, aku memulakan perbincangan dengan memberi situasi yang telah ku lalui kini. ternyata, ujian kami hampir serupa. terdetik, adakah semua alumni akan mengalami situasi begini? tak mengapa. kami masih meneruskan perbincangan mengenainya. setelah hampir setengah jam ber'chatting' di facebook, kami beralih ke yahoo messenger. alhamdulillah, masih meneruskan perbincangan. isi-isinya aku sematkan dalam hati.

alhamdulillah, satu jam berlalu dan perbincangan kami juga berakhir. alhamdulillah sekali lagi kerana dalam satu jam tersebut kami dapat mencari konklusinya.

DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DI DUNIA INI KITA HARUS MENCARI TETAPI BUKAN SEKADAR DUDUK MENUNGGU PENGISIAN YANG BERISI YANG KITA NANTIKAN DATANG BERGOLEK-GOLEK KEPADA KITA. KITA HARUS BERGERAK DENGAN MEMBACA DAN JIKA BOLEH BERUSAHA MENCIPTA USRAH SENDIRI. INI KERANA UNTUK SENTIASA MEMBIMBING HATI DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. DARI PEMBACAAN TERSEBUT HARUS BERTINDAK DENGAN PERBUATAN YANG DISUKAI ALLAH IAITU MENCEGAH YANG MUNGKAR DAN MENGAJAK YANG MAKRUF. ITU SEMUA KITA DAPATI DARI PEMBACAAN TERSEBUT. insyaAllah, terbimbing.

kadangkala persekitaran menjadi salah satu faktor untuk melakukan dakwah. tetapi, sesetengah hamba diuji dengan alam persekitaran yang bukan setakat tidak membantu malah melemahkan jiwa dan ada tikanya boleh merosakkan aqidah seseorang hamba itu sendiri. ya, semua itu ujian yang Allah datangkan kepada kita. setiap hamba memiliki ujian yang berbeza mengikut kemampuan individu itu sendiri.

Allah sendiri telah berkata yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikannya) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami mengahadi orang-orang kafir"
TERIMA KASIH ALLAH!! untuk sahabatku, semoga kamu kuat dalam menghadapi ujian yang diberi Allah...............
>_<

Wednesday, November 17, 2010

aku rindu USRAH

bismillahirahmanirahim..

alhamdulillah, aku kini sedang cuti. cuti semester. lebih kurang selama 1 1/2 bulan. tapi kini, di mindaku sedang asyik memikirkan akitiviti yang berfaedah sebagai pengisian untuk memantapkan hati dan persediaan dalam setiap subjek di semester hadapan nanti. apakah yang akan ku lakukan?

sayunya hati ini kerana tidak berisi dengan peringatan-peringatan untuk menjadi pedoman dalam melalui perjalanan hamba mencapai destinasi taqwa. dua minggu sebelum cuti semester aku berkeras untuk berusrah. alhamdulillah, hati tercas. alhamdulillah. dengan pengisian yang diterima aku pegang kuat-kuat agar menjadi bekalan di hari-hari biasa. dengan penuh kekuatan, aku mengumpulkan pemahaman bahawa naqibah ku yang sentiasa sibuk. ya, kami sama-sama menempuh perihal yang sama iaitu study. tapi, beliau mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap kolej. insyaAllah, aku memahami. dalam memahami aku juga meronta.

tekad, menekan punat 'sent'.

"assalamualaikum, kak mirah. blh tak minggu ni kita adakan usrah? pengisian sebelum cuti. insyaAllah"
beberapa minit, meseg dibalas.
"waalaikumusalam. insyaAllah, kak mirah try ye sebab lepas ni killer paper. gap dua hari je. risau juga. ok dik?"
ringkas, aku membalas ''ok''.
tapi, setibanya aku dikolej, aku senyap kerana tanda memahami bahawa beliau sibuk.
ligat otakku berfikir..hatiku bertanya..
berdosakah aku mendesak? mungkin kerana terlalu pentingkan diri hingga melupakan tanggungjawab orang lain yang lebih besar. ya, masa itu killer paper aku masih lagi berbaki satu. beliau lagi berat. Allah, aku cuba memahami. aku cuba memahami.
aku nekad, lepas habis paper yang terakhir ini aku mesti penuhkan hati dengan ilmu agama dengan ilmu akademik serentak. insyaAllah!
''majalah Solusi kan ada. blog, halaqah, tanyalah ustaz, radio ikim. semua itu boleh menguatkan hati!'', detik si kecil hati. ya, aku mesti manfaatkannya. mungkin sebelum ini aku hanya memilih topik dalam membaca Solusi, memilih tajuk dalam mendengar Tanyalah Ustaz..tapi, kini Allah ingin mengajarku BAHAWA SEMUA ITU PERLU DITUNTUT TANPA PERLU MEMILIH. ya, ILMU HARUS DITUNTUT TANPA SYARAT. ya, ada hikmahnya. ya, ada hikmahnya.
''ya Allah, bantulah aku dalam mencari usrah tika aku cuti kini. permudahkanlah, ya Allah. aku benar-benar merindui usrah. dan dengan pengganti usrah yang telah Engkau salurkan, radhailah ya Allah. aku memerlukan Redha dariMu."......................................................
''Allah, aku benar benar merindui usrah"...

eidul adha~~

bismillahirahmanirahim..





Salam Eiduladha

semoga para jemaah yang kini berada di Makkah al-Mukarramah memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang dalam keadaan sihat wal-afiat.

buat kita yang berada di bumi aman Malaysia ini, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan menunaikan Solat Sunat Aiduladha secara berjemaah di kawasan masing-masing.

tahniah bagi yang telah berjaya menyerapkan pengisian yang dilontarkan dalam khutbah solat sebentar tadi. alhamdulillah.

bagi yang melaksanakan korban, alhamdulillah. pasti ada keberkatan yang di sisipkan oleh Allah s.w.t. kepada kalian..insyaAllah. tiap titisan darah korban yang mengalir itu akan di ambil kira oleh Allah.

wassalam.