"..tidak dinamakan beriman jika seseorang itu tidak diuji.." -mahabbah 'Aliyah
Sunday, May 22, 2011
Peneman sunyi, Penambah ilmu, Penguat iman.
Tuesday, May 17, 2011
Wednesday, May 11, 2011
LAKONAN SBG IBADAH: bolehkah?
bismillahirahmanirahim
|
apabila bercerita atau membuka topic mengenai dunia hiburan pasti sebahagian dari kita mengasingkan ia dari konteks ibadah. ya, ibadah secara umunya melakukan apa pun pekerjaan atau perbuatan dengan niat mencari keredhaan Ilahi. dunia hiburan merangkumi skop yang besar. antaranya ialah menyanyi, pelakon, penyampai radio dan sebagainya. ia juga termasuk sebagai bidang pekerjaan yang di gilai ramai. ini kerana dengan menceburi bidang ini, pendapatan yang bakal di perolehi agak tinggi.
tetapi, untuk menceburi bidang ini..para penceburnya haruslah memegang pertanggungan dan pertanggungjawaban yang besar mengenai ini. dari segi adab pergaulan, persentuhan yang bukan mahram, suara wanita yang lunak itu di teriak-teriakkan dan banyak lagi.
tetapi, di sini, saying ingin mengecilkan skop dunia hiburan kepada dunia lakonan. pertanyaan saya, tidak bolehkah kita menjadikan karier sebagai pelakon sebagai satu jalan ibadah malah juga sebagai dakwah untuk kita meraih pahala lebih?
bagi pendapat saya, tiada salahnya jika kita ingin merasai hiburan. malah, Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan hiburan. Pada zaman Rasulullah s.a.w, Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadis Khalid Bin Zakuan yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w menghadiri sebuah walimah yang didendangkan lagu-lagu ringan dengan paluan dendang oleh beberapa penghibur dari kalangan ‘juwariyat’. tetapi, menikmati hiburan mestilah dalam keadaan yang tidak berlebih-lebihan.
hiburan ini membawa kelalaian, kerana itu agama Islam menasihati agar tidak terlalu taksub dengan hiburan hingga membuatkan kita melewatkan solat, mengabaikan amanah, menangguh kerja dan sebagainya. pokoknya, hiburan mempunyai keburukan melebihi kebaikan.
berbalik kepada topik sebenar. seperti yang kita ketahui, apabila menjadi pelakon, seseorang itu akan terdedah dengan gossip, paparazzi, fitnah, tamahan, hasad dengki dll. bagi saya, itu adat. ini kerana karier pelakon ini memerlukan persaingan yang sangat sengit. itu juga adalah pendirian masing-masing.
semasa saya semester 1 dlm kos Asas-Asas Islam, ustazah saya pernah cakap bahawa ulama’ bersepakat dalam menyatakan berlakon haram kerana terdapat banyak unsur maksiat melebihi unsur bekerja utk mencari rezeki. terdapat banyak adegan-adegan maksiat dalam lakonan itu sendiri.
jika berlakon dalam cerita yang berkisahkan kenakalan para remaja seperti geng samseng, cerita-cerita gelap, saya tak mampu nak komen. ini kerana, ia memang memenuhi adegan yang di cintai syaitan. yang ingin saya ketengahkan kini ialah lakonan cerita2 Islami. cerita yang memungkinkan boleh untuk meruntuhkan jiwa hedonism remaja dan membina jiwa yang murni serta patuh pada sunatullah (kejadian semula jadi) serta syari’atullah (undang2 Allah).
apabila ada pengarah yang ingin membuat cerita Islami, haruslah memastikan semua pelakonnya bertudung dan tiada persentuhan antara yang bukan muhrim. jikalaupun ada, minimakan ia seminima mungkin. letakkan ia pada watak wanita terutamanya yang agak liar. tetapi, mereka tetap memakai baju lengan panjang serta berseluar panjang. ralatkah jika berlakon dalam keadaan menjaga syari'atullah?
walaupun pelakon tersebut melakonkan watak suami isteri, tidak ada salahnya jika tidak bersentuhan. melainkan, jika mereka benar-benar suami isteri yang sah. tetapi, bg pelakon wanita, ia tetap harus memakai tudung.
konsep memelihara pergaulan remaja serta akhlak terhadap ibu bapa juga harus di terapkan dalam lakonan. selain itu, ia juga bakal memberi impak pengurangan kes penceraian dalam kalangan artis dan para remaja yang jahil mengenai pergaulan akan lebih terarah memelihara adab mereka. sekaligus, melambangkan kedaulatan Islam itu sendiri. >_<
tambahan lagi, nanti para pelakonnya sendiri yang di hormati kerana mampu membawa lakonan sebegitu. justeru, kalau mereka benar-benar bertudung lagi bagus!! >_<
pada zaman yang serba moden ini, pekerjaan semakin susah untuk di cari. oleh itu, ramai di kalangan kita baik lelaki mahupun perempuan memilih jalan untuk berjuang di medan seni. tidak mengapa, itu juga di kira sebagai pintu rezeki. tetapi, pasti ia menjadi lebih berkah dengan mengikuti syariatNya.
terutamanya kpd para pengarah yang akan menanggung banyak dosa. dosa siapa? dosa2 para pelakonnya lah. sdhlah tidak bertudung, berpakaian seksi, bersentuhan yg bukan muhrim dan banyak lagi yang mendekatkan kpd zina. mampukah pengarahnya nanti menjawab semua pertanyaan Allah nanti mengenai hal ini?!
soal rezeki serta para sponsor, usahlah di risaukan. jika benar-benar melakukan perkara ini dengan niat yang lurus sebagai landasan dakwah dan yakin pada pintu rezekinya, Allah pasti tolong. kini, tanamlah keyakinan dan kesabaran dalam diri anda!
sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Janganlah kamu merasakan bahawa rezekimu lambat datangnya, kerana sesungguhnya seorang hamba akan mati sehingga datang kpdnya rezeki terakhir (yg ditentukan untuknya), maka tempuhlah jalan yang baik dlm mencari rezeki, yakni dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram" (Riwayat al-Hakim)
sebenarnya, cerita beunsur Islami ini sudah bagus dan menjadi separuh mantap kerana diselitkan hadis, ayat al-quran, pendapat para 'ulama dan salafussaleh, adab pergaulan, pembentukan akhlak, dan banyak lagi yang bagus. sayangnya, dari segi penutupan aurat serta lagak kehidupan suami isteri membuatkan ia sebenarnya lari dari konsep sebenar ajaran Islam.
Islam itukan syumul (menyeluruh). mana boleh ambil Islam separuh-separuh.
subhanallah, betapa besarnya pahala jika seorang pengarah itu mampu mengarahkan para pelakonnya untuk mengikut syara' dlm cerita arahannya. di akhirat nanti, mereka ini sudah terlepas dari tanggungan para pelakonnya. hebatkan?
sedangkan kuasa untuk mengarahkan pelakon utk berbuat apa pun berada di tangan mereka. sedarkah mereka tentang itu?
moga Islam akan bangkit seperti zaman kebangkitan para pemerintah Islam itu lagi. (amin).
sekian.
>_<
Friday, May 6, 2011
Why do I love live in University's Life?
Hidup dalam universiti membuatkan kita selalu berfikir dan sedaya upaya untuk bertindak secara professional. (kadang kala tak jugak pro nye)
Hidup sebagai mahasiswa, menjadikan kita lebih cekal kerana harus belajar berdikari,wajib pandai mengurus masa dan harus tunduk pada kelewatan dalam tidur. (sebab siapkan assignment)
Hidup ini lebih seronok sebagai mahasiswa, kerana matlamat pada pagi hari adalah belajar dan misi untuk esok harinya adalah belajar juga…
Uniknya hidup sebagai mahasiswa kerana dapat mengenal sifat manusia (rakan2). Yang baik, pentingkan diri, sombong, genius, cekal, lemah semangat dan bodoh sombong turut ada dll. Yang baik dari mereka boleh di jadikan contoh. Manakala yang buruk dari mereka dijadikan teladan serta pengajaran.
Sahabat-sahabat yang berada di universiti ini semuanya best-best! Dapat belajar slank baru, dari Kelantan, Perak, Pahang, Penang dan terutamanya Keyel (KL)…diorang sangat best!
Yang paling pentng sekali..
Sesungguhnya peringatan ini buat dirimu serta diriku yang di penuhi kelemahan dan kehinaan ini..