Pages

Tuesday, January 17, 2012

hamba

Menghamparkan diri pada Ilahi Rabbi..
Dengan menghadirkan tawakal setelah cuba sedaya upaya..
Diuji dengan segala kudrat yg dimiliki..
Utk melihat tahap keimanan hamba beriman.

Aku merasa tersebam jatuh ke bumi apabila yg diharapkan tidak menjadi kenyataan..
Merasa ditolak ke tepi saat suara tidak didengari..
Merasa ghuraba' dlm kalangan sekelilingku sendiri..
Tapi keyakinan pd Ilahi terpasak kukuh di hati.

Bahawa yg tidak diuji tidak dinamakan beriman..
Utk mengenal Tuhan Yang Agung lebih mendalam..
Menyandarkan ketentuan dlm pelukan tawakal..
Serta merebahkan kehidupan dlm keredhaan Keduniaan.

Utk menghambat pedihnya azab kedurjanaan neraka..
Utk menikmati nikmatnya firdausi..
Aku harus akur dgn ujian diri..
Bahawa dunia adalah tipu daya..

Bagaikan fatamorgana yg menipu sang musafir..
Tatkala terlalu menanggung azab kedahagaan..
Diterpa tempat yg disangka berair..
Rupanya tempat ketandusan pasir yang berdebu. 

Maafkan sy.

Maafkan sy.
Atas apa yg telah berlaku..
Atas apa yg terjadi..
Atas apa yg telah mengharukan jiwamu..

Maafkan sy.
Nukilan ini coretan hatiku yg berbisa kerana melukaimu.
Maafkan jika ia menggangu.
Nukilan ini tidak mengharapkan simpati darimu..melainkan..
Maafkan sy.

Seperti katamu, sahabat2 adalah pendokong dalam membawa kehidupan sebagai pejuang.
Adalah sama dalam keadaanku..
Mereka, adalah sahabat2 seperjuanganku.
Yang mengingatkanku tatkala lupa..yang menangis ketawa bersama..
Mereka istemewa dalam hidupku.
Tapi, kau. Adalah yg teristemewa dalam hatiku..
Tiada tertangingnya pemberian Allah buatku.

Maaf..
Kata2 ini bukan reka-rekaan aku utk menyedapkan hatimu.
Tapi, inilah kenyataan yang aku rasakan padamu.
Maafkan sy.

Benar, aku turut merasa kedatangan mereka2 adalah sebagai ujian buat kita.
Untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan kepercayaan.
Aku menyerahkan serta menghadirkan diri pada Dia tatkala aku merasa sudah kehilanganmu total.
Redha..
Kemudian Dia memberimu kembali padaku.
Aku terpaku..walau aku merasa terluka.
Aku membuka ruang hatiku sedikit demi sedikit utkmu..sehingga tiada lagi ruang bagi yg lain..
Melainkan Allah dan kedua ibu bapaku jua.
Kau selalu kata padaku, "Allah Maha Adil.."
Dengan itu juga aku cekal bersamamu.

Maafkan sy.
Diri ini selalu kejam padamu.
Bagaikan tak pernah menghargai kasih sayang sucimu.
Pernah ku rasa kau ada yg lebih berhak utk disayangi.
Tapi, aku tepis!
Sehingga hatiku tak mampu meragui kasih sayangmu.

Walau berjuta ujian..
Dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya..
Aku tak mampu meragui kasih sayangmu..

Maafkan sy.


Ya Allah,
Demi kekuasaanMu,
Aku menyerahkan dia, hati serta jiwa sucinya padaMu,
utk Kau pulihkan..sembuhkan.
Kerana aku tak mampu mengubatinya, menyembuhnya,
melainkan Kau jua.
Jika dia masih meraguiku, 
Aku serahkan semuanya padaMu.
Kerana Engkau lebih mengetahui apa jua yg ada dlm hatiku. 
Aku menyayangi, mencintai serta mengasihinya..
Jika dia masih meraguiku,
Aku serahkan jiwanya padaMu,
Utk Kau sentiasa bersamanya.
Tapi Ya Allah,
Satu shj, aku tak sanggup kehilangannya.
Hukumlah aku dgn tarbiyah dariMu atas kesalahanku pada jiwa suci ini.
Kurniakan kesabaran, ketabahan serta kecekalan hati utk dia mengharungi ujian2 dunia ini.
Agar dikurnia tempat yg hebat disisimu di Akhirat kelak.
Semuanya berbalik padamu..
Engkau mengetahui hatiku.

Monday, January 16, 2012

Redha

Bismillahirahmanirahim..
Dengan kata ampun bersulam sendu serta redha ditambah tawakal pada Mu..
Ampunilah hambaMu yg lemah lg hina ini.


Alhamdulillah, diberi kesempatan dalam curian masa utk masih menulis (bertaip) di sini. Setelah sekian lama-lamanya sekali utk tidak menge'post' something.


Banyak yg aku lalui..inilah yg dikatakan hidup. Tidak namanya hidup jika tidak beserta ujian. Tidak namanya beriman jika tidak diuji. AllahuRabbi! 


Kuatkanlah aku sentiasa utk menempuhi semua ini. 
Pinjamkan aku kesabaran dan kekuatanMu Ya Allah, utk menempuhi ujian-ujianMu ini. Utk mengajarku erti lebih Redha pada ketentuanMu. 


Tolong aku, Ya Allah..
Kurniakan dia kesabaran dan kekuatan serta kecekalan hati utk mengharungi ujianMu..
Aku tak mampu mengubati lukanya..aku tak mampu pulihkan keadaanya. 
Kerana aku tak berdaya..
Sungguh, hanya padaMu yg mampu aku berserah.
Maka, aku serahkan dia, jiwa serta hatinya yg suci itu padamu. 
Utk kau pulihkan, sembuhkan..

Saturday, October 15, 2011

tetap untukmu

tenanglah wahai hati.. dengan cintanya yang Dia berikan padamu..
cinta makhluk yang bersulam rindu padaNya..


redhalah wahai hati.. kebahagiaan dia adalah kebahagiaan mu jua.. walau melihat dia bahagia dr jauh..aku juga bahagia.. bahagia untuknya.. kerana cinta yang Kau beri untukku padanya.. masih kukuh tersemat di jiwa.. walau kau bersama yg lain.. hatiku tetap padamu.. walau kau pergi lagi.. aku tetap berdiri di sini.. menanti kepulanganmu.. walau kau tak pulang lagi.. sekeping hati ini tetap tersedia untukmu..


aku tetap di sini menunggumu..


pabila aku tekad..untuk..sentiasa di sisimu..
tekad itu akan ku genggam..
sehingga bara menjadi abu..


walau aku tahu..
ia adalah sebahagian dari pilihanku dan bukan takdir buatku..
walau aku tahu..
aku berpeluang untuk terluka lagi..


tapi..aku tetap juga tahu..
Allah..pengubat segalanya bagi lukaku..


kerana Dia memberi cintaNya melaluimu..


mahabbah 'Aliyah...
15/10/2011