Pada zaman dahulu, masih dalam linkungan zaman kebangkitan Islam. Di sebuah kampung, tinggalah sebuah kejiranan antara agama Yahudi dan Islam. Walaupun mereka berlainan agama, tetapi mereka saling bantu-membantu tanpa mengisahkan perihal agama atau sebagainya.
Hinggalah ke suatu masa, sepasang suami isteri berbangsa Yahudi tinggal berjiran dengan seorang wanita yang beragama Islam. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang tidak boleh berjalan tetapi untuk bergerak, anak tersebut perlu mengesotkan badannya.
Pada suatu hari, sepasang suami isteri harus keluar ke kampung seberang atas urusan penting. Disebabkan itu, mereka buntu kerana pada waktu tersebut tiada siapa yang boleh menjaga anak mereka.
"Abang, saya tidak sanggup mahu meninggalkan anak kita sebegitu saja. Seseorang harus menjaga makan minum anak kita." kata si isteri.
"Habis apa yang boleh kita lakukan? Seluruh kampung abang sudah cari jikalau ada sesiapa yang mahu bekerja dengan kita, tetapi malangnya tiada seorang pun yang mahu." balas sang suami.
Justeru, mereka masih memikirkan alternatif yang selamat, aman serta yang terbaik buat anak mereka. Sehingga suatu saat.."abang, saya ada idea! Saya mencadangkan kita minta bantuan jiran kita untuk memelihara anak kita sebentar". Akhirnya, mereka sekeluarga setuju dengan rancangan tersebut termasuk anak perempuan mereka,
Dengan izin Allah, wanita Islam tersebut bersetuju untuk membantu pasangan suami isteri tersebut tanpa mengambil upah. Nak dijadikan cerita, setelah selesai menyuapkan makanan dan memandikan anak perempuan tadi, wanita tersebut bergegas ke belakang rumah untuk mengambil wudhu dari telaga yang terletak dibelakang rumahnya. Beliau ingin menunaikan solat fardhu.
Tanpa disedari wanita tersebut, anak perempuan itu mengikutinya sambil mengesot-esotkan badannya. Dia ingin melihat apa yang dimaksudkan sebagai wudhu serta solat yang disebutkan oleh wanita sebentar tadi sewaktu bercerita padanya. Apabila anak itu mendekati wanita basahlah kaki serta pakaiannya kerana terkena air wudhu wanita tersebut yang mengalir. Oleh itu, anak perempuan itu terus memanggil wanita tersebut, "kakak, kaki saya terasa ringan". Anak perempuan itu bangkit dengan sendirinya dan ternyata boleh berdiri malah berjalan tanpa perlu dipapah seperti bayi yang baru bertatih-tatih untuk berjalan.
Dengan spontannya, "Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!" keluar dari mulut wanita tersebut hingga mengalir air mata tanda bersyukur pada Allah dan terkejut.
Keadaan anak itu seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya. Keadaannya seperti anak itu tidak pernah lumpuh. Betapa ajaibnya wudhu yang diambil secara sempurna. Hanya kerana air yang mengalir seperti biasa boleh mengubati kelumpuhah badan seorang kanak-kanak.
Apabila tiba masanya, pasangan suami isteri tersebut pulang ke kampung halaman mereka setelah selesai urusan. Ternya reaksi mereka amat terkejut dengan kejadian yang berlaku pada anak mereka. Oleh itu, lantas mereka percaya akan kewujudan allah serta kebesaranNya....."..kun fa ya kun.."maka jadilah ia. Mereka terus bertemu khalifah yang memerintah dan terus memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah...
Alhamdulillah..tamat >_<
Fikir-fikir dan jangan lupa merenungkannya....
No comments:
Post a Comment