Pages

Sunday, May 22, 2011

Ibu Ayah

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, penulis masih lagi dikurniakan ilham dari Sang Maha Pemberi untuk menulis. Menulis untuk memuaskan hati ini dan menuntut kepada dakwah itu sendiri. Akhir-akhir ini kita semua telah menyambut hari yang sangat bahagia bagi sang Ibu kerana hari itu beliau-beliau terasa sangat disayangi.

Ya, mungkin ada anak2 yang memberi kenikmatan yang luar biasa bagi menyambut hari ibu atau ada yang biasa2 saja. Penulis sendiri, hanya mengucapkannya dengan hadiah sebuah ciuman. >_<
Serta hari bapa yang bakal disambut tidak lama lagi. InsyaAllah.

Menulis, bercakap, berfikir tentang ibu dan ayah..penulis mempunyai pengalamannya sendiri. InsyaAllah, ingin dikongsi.

Sejak kecil lagi aku suka hidup dalam keramaian orang. Meriah. Aku akan cepat terasa kesunyian jika tiada orang di rumahku. Aku cepat bertukar murung dan mula bercakap dgn boneka2 yang dibeli ibu.


Alhamdulillah, nenek tetap setia menemaniku. Beliau sudah lama menetap di rumah kami. Jadi, aku berkawan dengan nenek. Itupun aku masih merasa sunyi (mgkn aku kurang bersyukur).


Aku sangat2 mencintai waktu apabila rumah kami riuh rendah dengan kepulangan kakak2 ku. Tetapi, mereka pulang bersama keluarga masing2. Rumah kami bertambah meriah.


Setelah mereka pulang semula ke rumah masing2, aku kembali sedih. Nenek tetap menghiburkan aku. Banyak masaku bersama nenek. Aku hanya bersama ibu dan ayah ketika pada waktu malam dan hujung minggu. Ini kerana mereka bekerja. Wajar kalau aku rapat sekali dengan nenek.


Semasa umurku 13 tahun, nenek pergi meninggalkan kami. Aku merasa seperti kehilangan ibu. Nenek yang selama ini menemaniku menonton tv, membaca, menghantarkan aku ke van sekolah di simpang rumah, serta menungguku pulang, menyuapkan aku makan, bercerita kisah pak pandir, solat bersama dan banyak lagi. Banyak sekali kenangan aku dengan nenek. Tidak dapat ku nafikan itu.


Aku tak berani melimpahkan kesedihanku di hadapan ibu apatah lagi ayah. Tetapi, tertumpah juga pada sahabat2. Mereka mengerti.


Mencecah umurku 15 tahun, aku bertukar sekolah. Aku berharap apabila tinggal bersama kakakku dan keluarganya, aku akan menjadi lebih gembira tetapi di saat itu Allah telah menyedarkan aku bahawa aku sebenarnya masih mempunyai ibu dan ayah. Sedih. Sudah berpisah jauh, baru aku merasa kehadiran mereka dalam diriku. Baru aku tahu, rupannya aku memerlukan mereka.


Ternyata, dgn adanya perpisahan itu, mereka juga merindui aku. Hik..hik..


Sehingga aku menyelesaikan SPM, aku pulang kpd ibu dan ayahku. Lalu, aku bertekad tidak akan menjauh lagi dari mereka.


Alhamdulillah, aku ditawarkan bljr di UiTM Perlis utk menyambung pelajaranku. Boleh dikatakan setiap minggu aku pulang kerana perjalanan rumahku ke UiTM hanya memakan masa 45 minit shj.


Sbg seorang manusia, aku juga tak lepas melakukan kesilapan. Banyak kesilapan yang aku lakukan pada ibu dan ayahku. Tetapi, mereka tak jemu2 memberi nikmat kepada ku. Ibu, ayah. Hakikatnya, semuanya datang drpd Allah Azza Wa Jalla.

Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah' dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
-Surah Al-Isra':23-

Kini, aku boleh mengatasi perasaan sunyiku kerana aku tahu aku masih mempunyai kedua ayah dan ibu yang sentiasa bisa menhiburkan hatiku. >_<. Alhamdulillah!

Allah telah mengajar penulis cara menghargai kedua ibu bapa. Kesunyian juga terubat dengan adanya kucing2 kesayangan penyejuk mata, anak2 saudara penhibur telinga, buku2 penghibur jiwa dan Allah sebagai penghibur hati.

Ibu ayah, jasa kalian tetap tidak berbelah bagi. Sungguh, walau jasadku dibelah sejuta dan dicincang lumat, hati dan cinta ini tetap milik kalian setelah Allah dan Rasulnya. 

~Semoga penulis bisa mengamalkan apa yg ditulis. Lantas, kerana takut akan ugutan Allah bahawa nerakalah bagi sesiapa yang tidak mengamalkan atas apa yang disampaikan. Amin.

Sekian.
Wassalam.
mahabbah 'Aliyah
>_<

No comments:

Post a Comment