Pages

Monday, August 29, 2011

saya suka GenQ!!!

bismillahirahmanirahim...


alhamdulillah..masih dikurniakan secebis ilham untuk dikongsi..


hurm..
baru-baru ni syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. ada mengeluarkan produk baru versi majalah yang dinamakan GenQ ataupun Generasi Al-Quran. majalah ini umum untuk tatapan sesiapa sahaja dari pelbagai peringkat umur yang ingin menambah ilmu ataupun sebagai peringatan buat diri..kerana manusia, mudah lupa.
tetapi, mereka khususkan untuk golongan remaja yang menjadi pelapis agama serta negara. 


sejak mengetahuinya, saya cuba untuk mencarinya di mana2..tetapi, masih belum dikurniakan rezeuki utk memilikinya. tak mengapa...


perjalan mencari masih diteruskan dari Perlis..ke Kedah..mungkin kerana masih baru di pasaran, menyukarkan untuk saya memilikinya tidak seperti Solusi.


alhamdulillah, saya menemuinya di Shah Alam..kini saya memilikinya dan insyaAllah tidak akan terlepas untuk memilikinya untuk siri seterusnya..hehe


Generasi Al-Quran adalah sebuah generasi yang mengamalkan semua yang dinyatakan oleh Allah dalam kalamnya dan meninggalkan larangannya. mereka juga menjadikan Al-Quran sebahagian dari kehidupan mereka. 


mereka ini juga melayan Al-Quran sehendak-hendaknya dan dihati serta wajah mereka terpancar nur Al-Quran yang berseri itu.




apa yg dibawakan oleh Generasi Al-Quran?


Generasi Al-Quran adalah aset bagi agama serta pewaris yang membawa rentetan perjalanan dan penyambung dakwah kepada agama itu sendiri. Generasi Al-Quran ini yang akan menunjuk dan mempamerkan sifat serta contoh yang baik pada umat untuk diikuti dan dijadikan sebagai qudwah hasanah (ikutan yang baik). 


Generasi Al-Quran ini juga yang akan menegakkan semula kalimah La Ilaha Ilallah dalam medan pertempuran  kehidupan yang penuh ranjau ini.


bukanlah semata-mata majalah ini, tetapi buat generasi yang ada kini (para remaja remaji) yang masih bermujahadah dalam melawan arus kehidupan yang kian menyeksa dan songsang ini..sebagai bekalan dunia dan akhirat..


......


walaupun majalah GenQ ini kecil tapi, isinya..subhanallah! mantoop..bak kata orang kecil2 cili padi..


isinya menarik..
penulisan yang ringkas dan padat..
berilustrasi yang berwarna-warni..
dan banyak lagi..


menulis di sini bukan semata-mata untuk mempromote tetapi sekadar ingin berkongsi rasa serta pengalaman yang dilalui bersama majalah ini..


bak kata kakak saya.."suka baca 'adik Solusi' ni"..hurm, boleh la..


buat para remaja remaji, marilah kita sama-sama menambah ilmu..mengilap hati serta memantapkan iman ke arah mencintai Ilahi..


jgn setakat baca..amalkan dan kongsi apa yang dibaca juga..ok? 


insyaAllah, peringatan buat diri yang lemah ini juga..





sekian,
mahabbah 'Aliyah
>_<

1 comment:

  1. saya pun dah baca...ad sshbt suggest...!!besh!!

    ReplyDelete