Masih dlm kamar kesabaran..mengharapkan relungan jiwa dipenuhi rasa cinta pd Dia.
Percaya. Tiadalah timbulnya suatu urusan jika tiada kepercayaan. Apabila rasa percaya ditanam dlm diri pd seseorang, kita akan tetap teguh dengannya walaupun apa jua yang melanda.
Ukhwah yang terjalin akan terpasak kesetiaan bila adanya percaya. Utk menegakkan kalam Tuhan, takkan bangkit tanpa percaya pada jiwa yg akan bangun. Utk menjadi beriman pada Rabb, takkan boleh bila tiadanya percaya pd Sang Tuhan.
Percaya itu iman.
Kerana percaya itulah....aku masih di sini.
Berdiri dlm kepercayaan yg terbaik hanyalah dr Ilahi.
Percaya dlm setiap doa bahawa Dia mendengari.
Tatkala rindu menyapa hati, aku menongkah doa pd Sang Ilahi.
Kerana percaya, Dia mempertemukan kita tanpa disangka.
Kerana percaya janji2nya.
Aku masih tetap di sini walau jiwa ku jatuh.
Utk meneruskan sisa kehidupan ini.
Bersama percayayg ku kendong utk meragut Redha Ilahi..
No comments:
Post a Comment