Bismillahirahmanirahim
Masih berharap akan rahmatNya dan cinta padaNya memenuhi relung2 jiwa ini.
Sedikit lukisan hati untuk dikongsi..
Hakikatnya kini, aku baru merasa peritnya Redha.
Walau hanya lima gabungan huruf, hakikat pada yang melaluinya sangat pedih dan amat2 menyakitkan.
Redha pada ketentuan qada' dan qadar Ilahi ini susah rupanya.
Bagaikan tersiat siat kulit dari dalam.
Bisanya bisa membunuh pada yang melaluinya secara hidup2.
Tetapi, itu seakan putus rahmat dari Ilahi.
Justeru, harus yakin dan PERCAYA pd kehendak dan sesuatu yg terjadi pasti dibawah izinnya dan mesti ada hikmah di sebaliknya.
Justeru,
Wahai insan yg kusayangi,
Aku tak boleh meninggalkanmu.
Kerana hati ini sudah terikat kemas padamu.
Wahai insan yang kusayangi,
Kadangkala aku tak mampu untuk berbicara,
Tetapi air mata serta doaku membantuku menceritakan.
Wahai insan yang kusayangi,
Aku rela dan kini hanya ini yang mampu ku lakukan.
Bacalah dengan teliti.
Wahai insan yang kusayangi,
Ketahuilah, aku sentiasa ada di sampingmu.
Walau hakikatnya aku tiada.
Aku menyokongmu dgn doaku serta harapanku padaNya.
Maka,jika perlukan aku.
Datangilah aku.
Jika tidak perlukan aku.
Maka tinggalkanlah.
Aku? Tetap di sampingmu.
Tersenyum melihat senyumanmu.
Asalkan mendatangkan kebahagiaan padamu,
Tolonglah duhai insan yang kusayangi,
Jangan menangis lagi.
Alirkan tangis itu untuk perjuangan kita.
Aku tak betah lagi melihat kau bersedih.
Maaf, aku takkan mendoakan untuk mengurangkan bebanmu
Melainkan biarlah semua itu memantapkan imanmu.
Menguatkan jiwamu.
Mencekalkan dirimu.
Aku sayang benar pada kamu.
Sentiasa ingin melihat kebahagiaanmu.
Tetapi, kadangkala aku sendiri tak mampu dan tak berdaya.
Malah, melukakan lagu hatimu.
Maafkan aku.
Aku amat menyintaimu tiada lain melainkan kerana Allah jua.
Oleh itu, dasar hatiku amat memerlukanmu.
Kerana seperti selalu ku cakap,
'Kau keperluanku'...
Tak mengapa, aku bersiap untuk apa adnya nanti.
Tetapi, duhai insan yang ku sayangi.
Jika benar nanti aku perlu menelan kepahitan redha keatasmu sekali lg.
Maka, aku mohon.
Bantu aku.
Bukan untuk melupakanmu,
itu tidak sekali-kali.
Tetapi,bantu aku utk terus cekal dan kuat
kehendak Allah ke atas kita.
No comments:
Post a Comment