Masih berharap agar relung2 hati ini dipenuhi dengan cinta padaNya.
Alhamdulillah, walau dlm kesakitan, Allah tetap kurniakan kenikmatan yg tak terhingga. Sikit sangat kesakitan nak dibandingkan dengan nikmatNya. Agar nafas yg kuhirup disini lebih menenangkan dan agar lebih diredhaiNya.
Ya!! KeredhaanNya! KeredhaanNya itu yg menjadi buruanku.. Bukan keredhaan manusia semata.
Masalah yg selama ini menghurung hati bagai semut mengelilingi madu membuat aku makin lama makin tenggelam dgn noda dunia.
Alhamdulillah, Allah kurniakan sedikit luangan waktu utk aku menyelesaikan urusanku dgn mereka2.
Alhamdulillah..lega sikit.
Dapat bernafas rasanya...
Jgn kata bagaimana nak mengharungi hidup dgn ujian ini????
Persoalan tu sgt aku benci!!
Kerana itu adalah tarbiah dari Dia. Laluilah jln ketenangan. Walaupun hakikatnya kdg2 tak mampu pun nak selesaikan masalah, but at least, kita akan release. Lebih tenang dlm berfikir. Rujuklah pd yg pakar, kerana kadang2 dari situ terbitnya resolusi yg kita sendiri tak jangka. Bawalah pd yg Mendengar, kerana kita akan lepas segalanya...
Apabenda nie??
Kembalilah pada Allah...Dialah penyelesaiannya. Rujuklah Al-Quran, ada resolusi tersembunyi dibaliknya. Allah yg Maha Mendengar. Dia tahu segalanya dan penyelesaiannya. Sebab tu Dia letak kita dlm situasi ini (ujian tersendiri) untuk kita kembali padaNya.
Ingat lah Allah selalu..
Jgn jadikan lagu2 lagha yg kita anggap boleh menenangkan kita walhal itu akan membawa kita dlm kancah noda buatan kita sendiri. Noda fatamorgana. Noda duniawi yg menipu!
Ingat..Allah sentiasa menanti kita....untuk kita kembali padaNya.
Tadahlah tanganmu memohon keampunan, kerahmatan dan ketenangan dariNya...
Perbaikilah hubunganmu dgn Allah, nescaya Allah akan memperbaiki hubunganmu dgn manusia..
No comments:
Post a Comment