Pages

Friday, February 24, 2012

lelah

Bismillahirahmanirahim

Penat..bermain dengan kerenah manusia.
Mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati. Lalu, terjebak sekali dengan masalah hati.
Untuk terus berjuang, ukhwah diperlukan. Tetapi, ukhwah bukanlah yg utama dlm berjuang.
Kata2 itu, tersemat dlm hati serta jiwa (insyaAllah) oleh seorang yg amat ku kagumi dirinya.

Kalau diselak semula sirah Rasulullah tercinta, Baginda 'ignore' semua berkenaan masalah hati melainkan berbalik pada matlamat asal untuk menegakkan Islam. Kalau fokus Baginda hanya untuk masalah hati, alamatnya mungkin sekarang kita tak dapat menikmati nikmat Islam yg indah ini. Jika ingin menegur kesilapan sahabat, Baginda menggunakan konsep lembut bersulam tegas. Ini kerana, dari ketegasan, sahabat dapat belajar dari kesilapan yg diperbuat dan melalui kelembutan Baginda akan terubat 'terasa hati' dgn cara Baginda. Subhanallah...hebatnya Baginda.

Tapi, kita kini? Terlampau mengikutkan kerenah masalah hati berbanding tujuan utama untuk menegakkan Islam.

Aku?
Cakap memang mudah, untuk mengamalkannya..hanya Allah yg tahu. Walaupun mujahadah sekuat mana, hakikatnya masih lemah. Terasa diri kuat melalui, tetapi sebenarnya menenggelamkan diri dlm pelayaran perasaan yg lalai. Kadangkala, petunjuk Allah menyapa. Jika aku mati saat ini, tanpa memikirkan penyelesaian bagi masalah ummah? Allah, malunya aku. Astagfirullah. Tapi, sejauh mana?

Tiada lain solusinya, melainkan mengharapkan pertolongan Allah untuk membantu diri yg lemah dan hina untuk tetap mujahadah walau aku sering kali jatuh, jatuh dan jatuh lagi.

menyerahkan diri ini dan dirinya pd Nya
utk Dia ttpkan
minta kekuatan untuk segala keputusan
yg telah Dia tetapkan
walau apa pun aku serahkan
kuatkan aku utk penyerahan ini

No comments:

Post a Comment